KM Hajiji Ujian 2 Positif Covid 19 Tapi Baik dan Stabil

KENYATAAN MEDIA

  1. Seperti yang sedia maklum, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor telah secara sukarela menjalani kuarantin kendiri beberapa hari yang lalu setelah salah seorang daripada kakitangannya didapati positif Covid-19.
  2. Semasa dalam kuarantin kendiri tersebut, beliau menjalani ujian Covid-19 sekali lagi. Hasil ujian terbaru mengesahkan beliau didapati positif.
  3. Y.A.B. Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, kini sedang menjalani rawatan di Queen Elizabeth Hospital (QEH) bagi rawatan seterusnya. Keadaan kesihatan YAB baik dan stabil.
  4. Walaupun sedang menjalani rawatan, YAB masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya di tempat rawatan, menerusi panggilan telefon dan sidang video (video conferencing). Kerajaan Negeri berfungsi seperti biasa.
  5. YAB mengajak seluruh rakyat Sabah agar bertenang dan bersama-sama berdoa agar Allah SWT sembuhkan dan selamatkan Sabah dan Malaysia daripada COVID-19. Insya-Allah.

EFFENDI MOHAMED SUNOH
Setiausaha Perhubungan Awam kepada
Ketua Menteri Sabah

Kota Kinabalu, 9 Oktober 2020.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.