KM Hajiji Ok Berada Di Rumah Rasmi Ketua Menteri Sabah

Dari semalam viral cerita pasal KM Datuk Hajiji Noor kononnya beliau berada di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu selepas konon disahkan positif Covid 19.

Begitu juga dengan isteri beliau Datin Juliah kononnya berada di unit kawalan rapi di Hospital yang sama.

Justeru itu kononnya ribuan rakyat Sabah menuntut penjelasan rasmi dari pihak Ketua Menteri. Iyalah tu!

Nah ini penjelasan rasmi yang dimaklumkan oleh Menteri Kerajaan Tempatan Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Bahawa beliau hari ini bersamaan hari Jumaat telah berhubung dengan Ketua Menteri Datuk Hajiji yang sedang berada di rumahnya melalui panggilan telefon.

Seperti mana kenyataan rasmi sebelum ini.

Datuk Masidi menjelaskan Ketua Menteri itu sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah rasmi Ketua Menteri selama tempoh dua minggu. Selepas seorang kakitangannya di sahkan positif Covid 19.

Justeru itulah Datuk Hajiji tidak dapat menghadirkan diri di majlis angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri yang berlangsung petang tadi di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Nah penjelasan apa lagi yang pihak Warisan tuntut.

Marah dan menuntut penjelasan konon. Sepatutnya rakyat Sabah yang marah bukannya Cybertrooper dan pemimpin Warisan. Sebab angkara Shafie selaku Ketua Menteri Sabah pada waktu itu yang bertindak membubarkan Dun lah menyebabkan hari ini rakyat Sabah berhadapan dengan ancaman covid 19.

Gara-gara tindakan yang tidak bertanggungjawab menyebabkan rakyat yang tidak berdosa terdedah pada Covid 19. Bukan hanya ancaman dari penyakit tapi juga sumber pendapatan mereka turut terjejas, manakan tidak kampung dan daerah tempat mereka tinggal ditutup ketat, tidak dibenarkan keluar masuk.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: