Pendedahan Annuar Berkenaan Konflik PPBM UMNO Semasa PRN Sabah

Sebelum ada yang berminat untuk membaca pendedahan Datuk Annuar Musa berhubung konflik yang terjadi diantara PPBM dan UMNO baik sebelum atau selepas pilihan raya negeri Sabah baru baru ini yang menyaksikan Warisan tumbang di tangan Perikatan Nasional. Suka admin menyimpulkan begini.

Sebelum pilihan raya negeri ternyata PPBM yang menawarkan jawatan Ketua Menteri Sabah kepada UMNO tapi UMNO tidak berani menyahut seruan itu. Ini disebabkan UMNO tahu jika sekiranya awal awal lagi UMNO menamakan Datuk Bung Mokhtar sebagai calon Ketua Menteri Sabah maka UMNO akan ditolak oleh pengundi memandangkan Datuk Bung sedang berhadapan dengan perbicaraan di Mahkamah akibat penyalahgunaan kuasa atau rasuah melibatkan ratusan juta ringgit dana FELCRA.

Kedua yang admin dapat simpulkan bahwa ternyata benar UMNO mulai ditolak pengundi di negeri Sabah. Walaupun ia tidak dinyatakan secara langsung oleh Datuk Annuar Musa seperti pendedahannya dibawah. Tetapi jelas bila mana jumlah yang dimenangi jauh kurang atau tidak sampai separuh dari kerusi yang disertai oleh UMNO begitu juga kekalahan calon UMNO kepada calon Bebas. Walhal selama ini UMNO sering mendabik dada kononnya mereka memiliki begitu ramai jentera untuk berkempen. Hahaha! Kalau setakat jentera yang sekejap sekejap berselfie, cakap tunggang langgang dan hanya pandai menganjing. Maka adanya baik mereka tidak hadir dan hanya perlu mengongsi artikel yang berpatutan. Lagi berfaedah.

Ketiga selepas ini UMNO Sabah tidak lagi berani menampilkan calon anak muda. Sebab calon seperti ini belum mampu menarik perhatian pengundi. Ternyata kemenangan yang dicapai oleh calon muda dalam pilihan raya negeri 2020 sangat tipis.

Berkenaan berlakunya pertandingan beberapa penjuru diantara calon parti tempatan dan Perikatan Nasional, ternyata ia telah dipersetujui selepas menemui jalan buntu.

Terbukti yang menimbulkan masalah hingga kemenangan Perikatan Nasional agak kurang ialah UMNO, bila mana berdegil enggan000000 berunding dengan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Akhirnya terbukti gagal, ini namanya ego sentrik aka terlalu wap.


PILIHANRAYA NEGERI SABAH 2020…

1.Saya terbaca byk artikel pasca PRN,dan banyak juga ditulis fakta yg tidak tepat dan bersifat “hearsay”

2.Saya terpanggil utk menulis berasaskan maklumat “firsthand”,dan kongsi pengelaman.Jika ia khilaf,adalah kerana khilafnya tafsiran saya sendiri.

3.Jawatan CM sebenarnya ditawar kpd UMNO oleh pimpinan PPBM sebelum penamaan calun.Silap umno ialah tidak menyahut tawaran itu,dan kita ada pendekatan kita sendiri.Pendekatan itu menimbulkan kerumitan apabila jumlah kerusi BN jauh lebih rendah dari yg diharapkan

4.BN Sabah terlalu yakin memenangi 26-27 kerusi.Lapuran pengundi putih pd awalnya begitu meyakinkan.27/41 kawasan melepasi sasaran stock putih.

5)Malangnya pada D Day tak sampai separuh yg diterjemah kpd “keluar” dan “undi”(GOTV)…ini paling rendah berbanding semua PRK sebelum ini.Menjelang pkl 3.00ptg hari mengundi hanya 7/41 melepasi garis kritikal.Ertinya jentera masih lemah atau data tidak tepat dan Salah cula

6)Isu pertandingan “friendly”sesama sendiri yg berlaku ditulis byk pihak.Tak kurang tuduh menuduh.Pada pemerhatian saya ia bukan berpunca dari ppbm,malah umno dan ppbm tidak bertembung.Ia bermula bila PBS mahu byk kerusi dgn LAMBANG sendiri.Setelah masing masing tak beralah, berlakulah “free for all” dikebanyakan kerusi BBI(Bumiputera bukan Islam)


7)Tiga hari sebelum mengundi YAB PM dlm satu mesyuarat koordinasi cadangkan kompromi antara parti dgn cara TARIK SATU,DAPAT SATU melibatkan 8 kerusi,malangnya masing masing enggan beralah.Hasilnya hampir semuanya kalah di situ

8)Bung membuat satu pengakuan menarik bahawa calun calun muda dan baru kurang upaya menyaingi calun calun established..ia suatu pengajaran yg boleh sama sama kaji.

9)Dari pemerhatian saya politik konfrontasional yg ujud dalaman Umno Sabah agak merugikan.Sekiranya politik rekonsiliasi di pakai,mungkin lebih byk kerusi boleh di menangi


10)Begitu juga percubaan mendapatkan byk kerusi utk bertanding tak semestinya untung.Yg lebih penting adalah kerusi yg di menangi,bukan yg ditandingi..BN bertanding 41,menang cuma 14..PN bertanding 27 tapi menang 17.

11)Keharmonian jentera antara BN Dan PN juga bermasaalah di byk tempat.Byk bergerak dlm silo masing masing,baik pemimpin bawah,mau pun di atas.

12)Secara keseluruhan,UMNO DAN BN SABAH BERJAYA.Menumbangkan kjaan WARISAN tidak mudah.Tapi BUNG Dan BN Sabah sudah berjaya melakukannya

13)Meskipun kecewa jumlah kerusi hanya 14,tidak seharusnya terlalu berpendiriannegatif dan rasa gagal.Pada saya UMNO SABAH MENCAPAI KEJAYAAN YG BESAR…Dari tinggal hanya satu kerusi 2018,kini UMNO SABAH mempunyai 14 ADUN,bersama 1 jawatan TKM,4 MENTERI,mungkin 5-6 TIMBALAN MENTERI,2 ADUN DILANTIK,TIMBALAN SPEAKER DLL.


15)Kita harus percaya,kejayaan itu adalah hasil politik MUAFAKAT.Malah persengketaanlah yg telah menyebabkan kita kehilangan beberapa kerusi.GRS sepatutnya boleh memenangi 10 lagi kerusi.

Akhir kata usah Kita lebarkan perpecahan,yg amat didambakan musuh politik kita.Troopers mereka bergentayangan di alam siber dan menyamar kononnya mereka sbg grassroot umno dan cuba melaga lagakan anggota BN MN PN..Kerana kiranya itu mereka berjaya,maka berjayalah mereka menewaskan kita Di PRU akan datang

BERMUAFAKATLAH,BERSATULAH KERANA ITULAH KEKUATAN KITA.Kelemahan Kita,Kita perbaiki bersama Insyaallah

Bukit Damansara
1hb Oktober 2020

2 thoughts on “Pendedahan Annuar Berkenaan Konflik PPBM UMNO Semasa PRN Sabah

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: