Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri Sabah – Covid 19 Empat Daerah

Mesyuarat Jemaah Menteri telah berlangsung tadi pagi dan telah membincangkan isu penularan pandemik Covid 19 dan telah memutuskan perkara seperti berikut.

Menyediakan peruntukan segera sebanyak RM50 juta dan daripada jumlah itu sebanyak RM10 juta diperuntukkan untuk bakul makanan kepada penduduk-penduduk yang terkesan di 4 buah daerah yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar PKPDB iaitu di Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak.

Semua pengurusan berkaitan isu Covid-19 akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah. Jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Timbalan Pengerusinya pula oleh Pengarah Kesihatan Negeri Sabah dan ahli-ahlinya terdiri dari agensi-agensi negeri dan Persekutuan. Sabah Covid-19 Command Centre yang ditubuhkan oleh kerajaan sebelum ini dimansuhkan dan peranannya diletakkan di bawah jawatankuasa ini.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: