Hukum Penglibatan Muslim Dalam Pembinaan Gereja (Rumah Ibadat Lain)

Kerana kehadiran Presiden Warisan dan gambar ini telah dipolitikkan oleh macai-macai atau jentera parti Warisan untuk memancing pengundi yang beragama Kristian. Maka admin tidak boleh mengelak untuk mempersoalkannya juga dari konteks agama. Apa boleh buat, Warisan yang memulakannya.

Majoriti ulama mazhab Maliki dan Syafie menyatakan pengharaman keterlibatan orang Islam dalam pembinaan gereja.

Pemimpin ini juga yang berpendapat bahawa semua agama adalah sama. Kalau anda pembaca entri ini yang beragama Islam, fahamkan lah sendiri apa hukumnya ya. Cuma yang pastinya ia adalah kenyataan yang tidak boleh diterima dari konteks agama Islam. Itu pun kalau anda percaya pada hari pembalasan.

Soalan:
Apakah hukum seorang Muslim terlibat dalam membina atau membaiki rumah ibadat agama lain? Contohnya seorang artikel ditugaskan melukis pelan bangunan gereja? Atau pekerja kontrak terlibat dalam membina bangunan kuil? Adakah ia dikira sebagai satu bentuk pengagungan terhadap syi’ar agama lain, atau boleh dianggap sebagai bekerjasama dalam urusan kemaksiatan dan kesyirikan kepada Allah SWT?
 
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Para ulama terbahagi kepada dua pandangan:

Sebahagian ulama mazhab Hanafi mengharuskan kaum Muslimin terlibat dalam membina dan bekerja di gereja.

Ibn ‘Abidin menyebut akan keharusan seorang Muslim bekerja di gereja dan terlibat dalam proses pembinaan, kerana pekerjaan itu sendiri bukanlah satu maksiat. (Rujuk Hasyiyah Ibn ‘Abidin 6/391)

Ibn Nujaim pula menyatakan keharusan orang Islam menerima upah membina gereja dan upah itu halal baginya. (Rujuk Al-Bahr ar-Ra’iq Syarh Kanz ad-Daqa’iq, 8/23)

Majoriti ulama mazhab Maliki dan Syafie menyatakan pengharaman keterlibatan orang Islam dalam pembinaan gereja.

Imam Malik Muhammad Hattab menyatakan bahawa seorang Muslim tidak boleh terlibat dalam pembinaan gereja, penternakan babi atau kilang arak, dan dihukum bagi Muslim yang terlibat dengan hal yang demikian. (Lihat Mawahib al-Jalil Syarh Mukhtasar al-Khalil, 5/424)

Diriwayatkan bahawa Imam Malik mengharamkan bekerja dalam pembinaan gereja, kerana ia termasuk dalam perkara yang diharamkan Allah SWT. Pengharaman ini juga kata Imam Malik termasuk menyewakan dan menjual rumah atau bangunan untuk dijadikan gereja. (Lihat Al-Mudawwanah al-Kubra, 3/435)

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3000-al-kafi-1033-hukum-penglibatan-muslim-dalam-pembinaan-rumah-ibadat-agama-lain


Kalau admin tidak silap semua kerajaan Islam di dunia ini memang ada satu agensi yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus hal ehwal agama selain agama Islam yang menjadi agama rasmi. Agensi itu juga bertanggungjawab menyediakan peruntukan dan merasmikan prasarana yang telah berjaya disiapkan.

Tidak seperti Presiden parti Warisan ini dewan gereja pun dia yang beriya iya untuk merasmikannya. Macam tidak ada sudah pegawai kerajaan negeri yang beragama Kristian.

Nampak sangat ada niat politik jahat iaitu untuk menggaburi mata pengundi non-muslims seolah olah dia pula yang lebih Kristian berbanding pemimpin Kristian itu sendiri.

Tampaknya parti Warisan ni sanggup berbuat apa saja demi kuasa termasuk mungkin mengorbankan akidah mereka. Justeru itu kalau anda orang yang berakal pasti tidak akan sanggup menyokong parti seperti ini.

3 thoughts on “Hukum Penglibatan Muslim Dalam Pembinaan Gereja (Rumah Ibadat Lain)

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: