Sekejap lagi admin singkap sikap seseorang yang hipokrit terhadap perkara yang mereka pernah lakukan tapi bila hal yang sama dilakukan oleh orang lain maka ia menjadi satu kesalahan kepada mereka.
Soalnya siapa juga mereka iaitu Warisan kenapa pula masyarakat perlu kisah pada kehendak mereka. Hakikatnya masyarakat Sabah yang lebih berhak dari mereka. Undang-undang bukan milik mereka keadilan bukan milik mereka hatta gaji Ketua Menteri pun masyarakat yang bayarkan tidak kiralah apa dia penyokong Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan.
Bekas Timbalan Menteri dalam negeri yang disingkirkan Aziz Jamman mendedahkan screenshot perbualan diantara ejen dengan wakil rakyat yang dipujuk untuk meninggalkan Warisan dan menyertai kerajaan Perikatan Nasional.
Screenshot yang di dedahkan itu ialah perbualan diantara ejen nombor satu dengan Ahli Parlimen daripada Kota Belud, Munirah.
Soalnya sekarang siapa sebenarnya ejen nombor satu itu, adakah benar dia mewakili agen Perikatan Nasional.
Bukti apa yang si Aziz ada atau kah sebenarnya ejen itu adalah agen Warisan yang diarahkan supaya menyamar bertujuan untuk memburukkan Perikatan Nasional. Ini juga adalah persepsi masyarakat Sabah yang ada diluar sana.
Aziz jangan dedahkan ketidakcekapan tu. Kau tu ahli Parlimen di tempat orang tunjukkan sikit budi pekerti tu. Jangan sikit sikit menyalahkan Perikatan Nasional. Jangan juga lupa sejarah pembentukan kerajaan negeri Warisan.
Adakah ejen Warisan yang sekarang asyik terbang dengan Jet Peribadi. Tidak berunding terlebih dahulu dengan beberapa wakil rakyat BN sebelum bersetuju bersekongkol membentuk kerajaan negeri bersama Warisan?
Janganlah hipokrit oi apa lagi perundingan ejen dengan wakil rakyat BN itu telah berjaya membentuk kerajaan negeri Warisan. Hahaha!
Inilah masalahnya Warisan ni. Mereka buat boleh orang lain buat tidak boleh. Mereka ingat Sabah ini mereka yang punya. Walhal dua atau tiga tahun lagi nasib mereka akan ditentukan oleh rakyat Sabah. Tunggu dan lihat. Sekarang pun nampak sangat gelisah hingga menerbangkan drone untuk mengintip kekuatan lawan.
Kerana sikap yang tidak boleh menerima perbuatan sendiri. Maka begitu jugalah sikap mereka terhadap SPRM kononnya siasatan SPRM ke atas beberapa wakil rakyat Warisan sengaja dirancang oleh Federal untuk menekan mereka supaya menyokong Perikatan Nasional. Seolah-olah SPRM itu sebuah agensi yang tidak ada nilai dan boleh diperkotak-katikkan.
Aziz kalau kamu yakin ejen itu adalah wakil daripada Perikatan Nasional maka dipersilakanlah membuat laporan Polis dan dalam laporan itu nanti nyatakan secara detail siapa ejen ejen itu apa hubungannya dengan kerajaan Perikatan Nasional. Titik!
- Warisan Kampung² Konon Marah Pada KM Hajiji Pasal Regata Lepa, KesianAdmin di undang ke grup Whatsapp kualiti kampung-kampung. Pada mulanya admin biarkan mereka saling memperbodoh sebab rata-rata ahlinya adalah juga penyokong Warisan tetapi lama kelamaan… Teruskan membaca Warisan Kampung² Konon Marah Pada KM Hajiji Pasal Regata Lepa, Kesian
- Pemuda UMNO Malaysia, Asyraf Kantoi Memfitnah Di MahkamahKetua Pemuda UMNO Malaysia, Asyraf Wajdi Dusuki kantoi memfitnah di Mahkamah, sebagai hukuman diminta menarik balik kenyataannya terhadap bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid… Teruskan membaca Pemuda UMNO Malaysia, Asyraf Kantoi Memfitnah Di Mahkamah
- Malaysia Akan Terus Menuntut Wang Rakyat Dalam 1MDB – SPRMKetua Pesuruhjaya Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki berkata konok sejak tahun 2020 sejumlah RM14 juta wang rakyat Malaysia yang dicuri melalui 1MDB berjaya… Teruskan membaca Malaysia Akan Terus Menuntut Wang Rakyat Dalam 1MDB – SPRM
- Kerajaan Sabah Lancar Tabung Pendidikan Negeri Bulan Depan – HajijiKOTA KINABALU, 23 Mei : Kerajaan Sabah akan menubuhkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bulan depan bagi memberi peluang kepada anak-anak Sabah melanjutkan pengajian ke institusi pengajian… Teruskan membaca Kerajaan Sabah Lancar Tabung Pendidikan Negeri Bulan Depan – Hajiji
- Mahkamah Tolak Saman Apandi Ke Atas Lim Kit SiangMahkamah menolak saman bekas Peguam Negara Apandi terhadap Lim Kit Siang. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Azimah Omar sebentar tadi menolak saman fitnah yang dikemukakan… Teruskan membaca Mahkamah Tolak Saman Apandi Ke Atas Lim Kit Siang
2 comments