Azhar dan Jimmy Tidak Perlulah Minta Puji Kamu Bersaranglah Disana

Ini lagi seorang pemimpin yang kredibilitinya boleh dipersoalkan. Pemimpin ini dan peguamnya yang mula-mula sekali dari parti Warisan membuat laporan Polis terhadap admin. Ia berlaku di awal pemerintahan Warisan sebagai kerajaan negeri mungkin pada masa itu mereka merasakan dunia ini mereka yang punya.

Laporan Polis yang dibuat telah dipaparkan di dada akhbar tempatan.

Mereka mendakwa admin telah memfitnahnya melalui satu artikel yang admin tulis berkaitan sebidang tanah di Karambunai.

Tapi tidak lama selepas itu satu Personal Blog/portal membongkar skandal tanah berkenaan. Sekaligus membuktikan apa yang admin tulis dalam artikel itu ada kebenarannya dan bukannya fitnah semata-mata.

Bha tidak apalah lupakan sajalah perkara yang sudah berlalu yang penting sudah terbukti admin tidak memfitnah. Yang lain serahkan pada sang pencipta siapa tahu ada kifarah disebaliknya.

Kali ini tiada angin tiada ribut tiba-tiba dia membuat kenyataan akan mempertahankan kepimpinan atau parti Warisan. Soalnya kami sebagai penyokong pembangkang di peringkat negeri tidak tahu siapa sebenarnya yang dia buruk-burukkan.

Seperti yang dilaporkan oleh portal berita bahawa dia yang juga Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Negeri akan mematuhi dan menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat kerana mengangkatnya sebagai wakil Rakyat pada pilihanraya umum yang lepas.

Memang patut pun dia bersikap seperti itu sebab kalaupun dia keluar daripada parti Warisan siapa nanti yang akan mengundinya kecualilah dia menyertai Parti Bersatu. Bukan orang kenal dia pun sebagai individu yang banyak membantu masyarakat sebelum ini.

Yang admin persoalkan ialah kenapa dia membuat kenyataan seperti itu macam ada pihak yang menawarkan sesuatu supaya meninggalkan Parti Warisan. Membuat seolah-olah memburukkan pembangkang yang diketuai oleh PPBM Sabah.

Begitu juga dengan seorang pemimpin daripada DAP. Si Jimmy Wong dalam tajuk tertulis mengaum seperti Harimau. He!

Sama juga dua kali lima dengan si Azhar tiba-tiba membuat kenyataan. Walaupun sebelum ini ada rakaman suara yang mendengarkan Jimmy sangat marah pada pentadbiran kerajaan Sabah yang begitu lembab. Pada orang Tawau khususnya jangan lupa Si Jimmy inilah yang melarang keras pembinaan satu masjid di satu kawasan Perumahan.

Jadi bersarang lah kamu disana sampai menetas.

Kalau perubahan ini tidak berlaku dalam tempoh yang terdekat ini. Pasti nasib Warisan akan ditentukan di pilihanraya yang ke 15 akan datang. Kita sama-sama tunggu dan lihat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.