Ahli UPKO Masuk Warisan – Sugut. Ahli Warisan Masuk UMNO – Kalabakan

Pihak Warisan mendakwa seramai 250 bekas penyokong Adun Sugut, James Ratib berpaling tadah dan menyertai Parti Warisan. Alasannya kerana kononnya mereka telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Adun berkenaan.

Mereka terdiri dari empat Cawangan Kampung Kobambagan, Timpus, Sulit dan Musinggopu. Tidak pasti pula adakah itu Cawangan UMNO atau saja UPKO.

Yang pasti asalnya mereka ahli UMNO selepas itu UPKO dan kini Warisan. Orang yang sama berpusing pusing macam gasing.

Kalau pada hakikatnya mereka daripada UPKO dan kini Warisan. So siapa sebenarnya yang rugi ni. Hahaha!

Namun menurut James Ratib angka 250 itu tidak wujud atau tidak benar. Mereka juga tidak ada pengaruh dan ditolak oleh masyarakat setempat. Buktinya mereka kalah setiap kali bertanding di peringkat Bahagian.

Menurut James hanya ada sepuluh Cawangan Warisan di DUN Sugut.

Kalaupun selepas ini ada pertambahan Cawangan itu adalah perkara yang biasa apa lagi hari ini jumlah keahlian satu-satu parti atau pun Cawangan bukannya penentu kepada kemenangan di pilihan raya.

Oh kumpulan loser bha ni, buang karan. Eloklah mereka berpayung dibawah parti Warisan biar akhirnya mereka sama sama karam.

Pada hari yang sama sekumpulan ahli Warisan di daerah Kalabakan telah bertindak keluar parti dan menyokong UMNO. Namun dinafikan oleh Ketua Warisan Kalabakan, Mamun sebagai mereka bukannya ahli Warisan dan bukannya jentera parti yang bergerak semasa pilihanraya yang lepas.

Dia tambah lagi itu hanyalah taktik UMNO, taktik bukan taktik secara logiknya pengundi Warisan telah berkurangan.

Jangan ada yang terlalu hairan bila setiap kali ada ahli Warisan yang keluar parti maka mereka akan dinafikan oleh kepimpinan Warisan sebagai bukan ahli parti atau tidak ada dalam Cawangan yang ada di dalam sistem. Walaupun status itu tidak penting berbanding mengundi calon-calon dari Warisan pada pilihanraya yang lepas.

Maklumlah kepimpinan yang majoritinya baru berkecimpung dalam bidang politik sebab itulah mudah lupa diri dan besar kepala. Ibarat kita melepaskan anjing yang tersepit. Bila sudah tidak sehaluan maka segala jasa akan dilupakan.

Sebaliknya kalau ada yang bertindak keluar dan menyertai parti Warisan maka mereka akan bersorak riang itu adalah kehebatan mereka. Hahaha!

One Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.