Baik Loretta Nasihatkan Wakil Rakyat Warisan Berhenti Dari Menyeleweng

Apa lagi yang cuba dipropagandakan oleh Setiausaha Agung Warisan Loretta Padua. Muka monyok saja.

Begitu mudah dia membuat dakwaan yang melulu dan tidak bertanggungjawab. Adakah wajar dia mendakwa kononnya wakil rakyat daripada Warisan, UPKO, DAP dan PKR seolah-olah ditekan agar melompat ke pembangkang.

Betul-betul tidak bertanggungjawab oh. Jangan kerana SPRM dan LHDN menyiasat wakil rakyat mereka yang tidak amanah maka parti-parti komponen dalam perikatan Nasional pula yang dipersalahkan.

Mana sikap profesionalisme sebagai seorang peguam.

Untuk makluman sehingga hari ini tiada satupun wakil rakyat daripada UPKO, DAP dan PKR Sabah disiasat oleh SPRM. Tapi entah kenapa si Loretto melibatkan tiga parti ini.

Dua hari yang lepas wakil rakyat Kuamut Masiung Banah dan Adun Kemabong Jamawi Jaafar dan seorang lagi Adun dari Tawau yang namanya tidak disebut oleh setiausaha Agung ini. Telah didatangi oleh pegawai LHDN. Adalah yang tidak kena mungkin LHDN telah berjaya mengesan sejumlah dana yang mengalir melibatkan tiga wakil rakyat berkenaan.

Satu atau dua bulan yang lalu SPRM telah menyiasat dan mendakwa Menteri Infra Sabah Peter Anthony ke Mahkamah Kota Kinabalu selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan kuasa yang melibatkan beberapa projek mega negeri Sabah.

Begitu juga dengan Kementerian Pelancongan Malaysia di era kerajaan PH sehingga hari ini masih disiasat dan SPRM masih mengesan dua bekas setiausaha kementerian berkenaan.

Hello setiausaha Agung semua ini tidak akan berlaku kalau wakil rakyat Warisan tidak melanggar peraturan sekaligus menyeleweng wang rakyat.

Bukan kau tidak tahu tujuan agensi seperti SPRM dan LHDN menyiasat pihak tertentu adalah untuk menjaga kepentingan rakyat. Tidak kiralah terhadap siapa siasatan dijalankan baik terhadap parti pembangkang mahupun parti kerajaan.

Takkan pula sebarang penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh kerajaan Warisan perlu dibiarkan hanya kerana Warisan berstatus pembangkang diperingkat Persekutuan.

Oleh itu sebagai seorang setiausaha dan peguam sebaiknya dia memfailkan saman terhadap LHDN dan SPRM kerana telah menginaya wakil wakil Parti Warisan.

Paling tidak nasihatkan wakil wakil rakyat Parti Warisan itu agar berhenti dari menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana rakyat. Asyik betul kepimpinan tertinggi Warisan ni kaya raya hingga disiasat sedangkan penyokong di peringkat pertengahan dan akar umbi hidup segan mati tak mahu.

Dulu bukan main setiap kali berkempen di PRU yang lepas. Bermacam tuduhan dilemparkan terhadap kepimpinan BN Sabah seolah-olah telah melakukan kesalahan dan didapati bersalah oleh mahkamah.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.