Majlis anugerah perkhidmatan cemerlang 2019 kakitangan APM peringkat Tawau telah disempurnakan oleh Datuk Seri Mohd Redzuan Bin Md Yusuf, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tugas-tugas Khas. Bertempat di Shan Shui Golf Resort Bhd Tawau.
Majlis itu juga melangsungkan upacara penyampaian watikah perlantikan sebagai Pegawai Kehormat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang membawa gelaran Kolonel Kehormat Pertahanan Awam kepada Yb Datuk Hj Nizam Ab Titingan, Ketua BERSATU Bahagian TAWAU.
Turut menerima watikah perlantikan di majlis tersebut adalah Tuan Abdul Karim Abdul Wahid, Ketua BERSATU Kalabakan dan Tuan Abdul Hakim Gulam Hassan, Ketua BERSATU Silam.
Sebelum ini Datuk Hajiji Noor, Datuk Arifin Arif dan Datuk Masidi Manjun dan beberapa lagi pemimpin-pemimpin Bersatu Sabah telah menerima watikah yang sama di Kota Kinabalu.
Tahniah diucapkan. Alhamdulillah