12 Ahli Cawangan Keluar Warisan Dan 500 Akan Menyusul – Kota Belud

Tamparan bagi Parti Warisan untuk yang kesekian kalinya.

Dua minggu berturut-turut pemimpin dan ahli Parti Warisan di peringkat pertengahan dan akar umbi nekad meninggalkan Warisan.

Kita tahu sebelum ini berlaku di Sepanggar Kota Kinabalu disusuli Batu Sapi Sandakan.

Kalau kita jumlahkan berdasarkan kenyataan mereka sudah lebih kurang +-1k ahli meninggalkan Parti Warisan.

Kali ini berlaku di daerah Kota Belud dimana seramai 12 individu yang sekian lama menunggu kelulusan sebagai ahli parti telah muak dan jemu akhirnya nekad meninggalkan Parti Warisan.

12 individu itu adalah ahli kepada empat cawangan Warisan dan akan membawa 500 ahli Cawangan mereka untuk keluar parti.

Mereka juga mendakwa Parti Warisan adalah organisasi yang tidak ada sistem dan berpuak-puak.

Kumpulan dari Kota Belud ini diketuai oleh Awang Salleh Makmud juga mendakwa faktor hilang kepercayaan terhadap kepimpinan bahagian dan negeri menyebabkan mereka meninggalkan Warisan.

Tidak ada parti di dunia ini seperti Warisan yang sedang memerintah tapi kian hari ramai ahlinya yang meninggalkan parti. Ini sesuatu yang pelik dan menghairankan.

UMNO pun tidak seperti parti ini kita hanya mendengar ada ahli UMNO keluar parti selepas UMNO berdekad menjadi kerajaan so tidaklah menghairankan. Tapi Warisan ni pelik.

Bukankah itu angkara kenaifan sebahagian besar jentera parti Warisan. He!


Sekejap lagi heboh pula berita keluarnya beramai-ramai ahli parti Warisan di Parlimen Libaran, Sandakan.

2 Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.