Hampir 1 Juta Telah Menerima Bantuan Covid 19 Sabah, Betul Kah?

Kita himpunkan dua kenyataan yang ditimbulkan oleh Warisan dan kita akan jawab sekaligus.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Erwan Benedick seramai 99,976 ketua isi rumah telah menerima bantuan Covid di Sabah yang disalurkan melalui Kementeriannya.

Kelayakan bantuan Covid 19 berdasarkan klarifikasi yang ada dalam pangkalan data eKasih serta sedikit maklumat yang ada di pejabat-pejabat atau permohonan yang dimajukan secara online.

Kalau kita lihat dari luaran okeylah tu tapi sama ada ia benar atau tidak, 99,976 telah menerima bantuan hidup itu kita tidak dapat pastikan. Sebab data sebenar hanya ada pada kerajaan negeri yang sudah tentu boleh dimanipulasi.

Kenapa tidak boleh dimanipulasi tahun lepas Menteri yang sama mengumunkan hanya ada 75,414 yang berdaftar di eKasih dari seluruh Sabah tapi kenapa tiba-tiba jumlahnya mendadak menjadi lebih 99k?

Begitu cepat orang Sabah ni miskin ya atau memang benar cepat miskin kerana faktor kerajaan negeri yang ada pada hari ini. Gagal menyediakan peluang pekerjaan dan peluang perniagaan. Begitu kah?

Senjata makan tuan kah.

Angka 99,976 itu juga bertentangan dengan angka yang dikeluarkan oleh setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sabah, Nick. Walaupun angka ini melibatkan semua kumpulan masyarakat tapi pertambahan yang terlalu mendadak seperti halnya jumlah eKasih yang dilaporkan di atas juga mencurigakan.

Setiausaha politik kepada Ketua Menteri itu menyatakan bahawa 918,829 keluarga telah menerima pakej bantuan covid 19 yang berjumlah RM189 juta dan ia meliputi semua lapisan masyarakat yang ada di negeri Sabah. Wow!

Kalau benar angka angka itu memang wujud dan semua bantuan telah sampai ke tangan penerima. Maka sepatutnya tidak lagi kedengaran rungutan dari masyarakat yang sehingga hari ini masih melopong.

Seperti mana artikel dibawah tapi ingat rungutan ini hanya datang dari masyarakat bandar yang celik IT. Ada beribu lagi masyarakat kampung yang sebenarnya kecewa tidak menerima bantuan tapi tidak mampu memanfaatkan media sosial. Baca artikel di bawah elok-elok selepas itu baca komen masyarakat baik-baik apa yang mereka rasakan dan katakan. Justeru benarkah apa yang didakwa oleh dua pemimpin Warisan di atas.

Bantuan Covid 19 Sabah Ada Unsur Penyelewengan

Sebenarnya angka hanyalah angka yang bertujuan untuk mengelirukan masyarakat Sabah selepas kegagalan demi kegagalan yang dialami oleh pentadbiran kerajaan negeri.

Hakikatnya mereka tidak tahu masih begitu banyak rungutan dan kutukan masyarakat Sabah terhadap kerajaan negeri dan ia bukan hanya soal bantuan yang tidak sampai. Tapi pada isu tertentu yang menyentuh sosial atau struktur masyarakat yang terjejas atau rosak akibat kegagalan individu-individu yang dilantik di peringkat negeri mahupun daerah malah diperingkat kampung sekalipun.

Hampir satu juta orang yang telah menerima bantuan tetapi masih ramai yang kecewa, kenapa? Nampak benarlah angka-angka itu hanyalah auta.


Suka admin menyentuh di sini berkaitan kenyataan setiausaha politik Ketua Menteri Sabah, Nick.

Dia kata pengkalan data kerajaan negeri sudah ketinggalan zaman, sebab itulah kononnya bantuan Covid 19 tidak berapa sampai ke sasaran.

Bercelaru sudah pentadbiran kerajaan negeri ini. Baru saja mereka mendakwa hampir sejuta masyarakat Sabah telah menerima bantuan. Sekarang lain pula ceritanya pengkalan data yang ada out of date menyebabkan mereka berhadapan dengan kesukaran memproses permohonan.

Itu membuktikan memang benar pun bantuan tidak sampai ke tangan rakyat. Selain adanya unsur-unsur penyelewengan yang dilakukan oleh kakitangan yang terlibat.

Nak tunjuk action buat apa pangkalan data eKasih yang berkapasiti besar sudah ada, kenapa tidak digunakan sepenuhnya.

8 thoughts on “Hampir 1 Juta Telah Menerima Bantuan Covid 19 Sabah, Betul Kah?

Add yours

  1. Pertanyaan adakah bantuan 300 one off rakyat Sabah yg bekerja d semenanjung permohonan masih terbuka atau pun telah ditutup.

    Like

  2. Admin jeles ka? Betul lah statement dia tu. Hampir 1 juta telah menerima bantuan covid19. 90% nya ialah golongan Tawi-tawi yg tinggal di area bakau…hahaha

    Liked by 1 person

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: