Lebih Baik Exco Warisan Cabar Tunggul Banding 600 Yang Keluar Warisan

Tersangat lucu dan nampak amat ketakutan bila exco Wirawati Pusat Erzayanie membuat cabaran yang tidak berasas. Dia kononnya mencabar mantan ketua Wirawati Sepanggar agar membuktikan 600 ahli Warisan yang telah keluar parti pada 21 Jun baru-baru ini.

Hello exco yang baru berumur setahun jagung dalam hal politik seperti ini. Kau cabar macam mana pun 600 ahli parti itu tidak akan mudah menampilkan diri kerana mereka tahu implikasinya. Kau janganlah berlagak lurus bendul. Kau mahu orang berjalan lurus di atas jambatan yang bengkok kah?. Kalau kau mahu melihat buktinya tunggu saja ketibaan ambang pilihanraya yang akan datang.

Baru-baru ini Ketua Wirawati Sepanggar telah membuat sidang media secara besar-besaran bagi mengumunkan bahawa mereka dan termasuk 600 yang lain tidak lagi percaya pada kepimpinan Parti Warisan khususnya terhadap Ahli Parlimen Sepanggar Azis Jamman kerana tidak reti menjaga kebajikan mereka dan masyarakat yang ada di Parlimen Sepanggar.

Ketua Wirawati Sepanggar Meninggalkan Warisan

Hal seumpamanya yang perlu ketahui oleh Exco itu sebelum mencabar keputusan orang lain.

Kalaulah cabaran yang tidak berbalas seperti ini mampu menutup hakikat kegagalan parti Warisan hingga ditolak oleh jentera sendiri. Maka nescaya tidaklah UMNO di Semenanjung kalah pada pilihanraya yang lepas kerana pada waktu itu hampir tidak ada ahli UMNO yang keluar parti tapi ternyata UMNO kalah dan menjadi pembangkang. Macam mana tu?

Apa Exco itu ingat tidak ada ahli UMNO yang mengundi calon-calon parti Warisan pada pilihan raya lepas. Adakah mereka telah keluar parti dan telah menjadi ahli parti Warisan dan dia kenal siapa mereka?

Hari ini Warisan menghadapi senario yang sama sebab itulah admin katakan tunggu saja ambang pilihan raya yang ke-15.

Pada ahli Parti Warisan yang telah keluar parti. Ingin admin memberikan pendapat atau pandangan. Supaya bangkit dari kekecewaan dan menyertai PPBM, memandangkan parti ini baru bertapak di bumi Sabah seperti mana Warisan sebelum ini. Malangnya awal awal lagi sudah pun parti Warisan terbukti gagal bilamana bantuan yang berjumlah ratusan juta tidak sampai ke tangan rakyat dan baru lebih kurang 22 bulan menjadi kerajaan negeri dan seorang dua wakil rakyatnya menjadi Menteri di peringkat Persekutuan. Sudah dua Kementerian yang disiasat oleh SPRM dan didakwa di Mahkamah. Satu Kementerian Infrastruktur Sabah dan yang kedua Kementerian Pelancongan Malaysia. Jadi wajarlah ahli meninggalkan Parti Warisan sebab kalau tidak ia hanya akan merugikan mereka dan masyarakat Sabah secara keseluruhan.

Benar-benar telah memalukan kumpulan.

Sedangkan PPBM baru bertapak dan tidak pernah menerajui kerajaan negeri Sabah juga dibarisi oleh pemimpin pemimpin yang berkualiti buktinya mereka menang atau berjaya mempertahankan kedudukan mereka di pilihanraya yang lepas walaupun pemerintah pada waktu itu dilanda tsunami kepercayaan. Apa lagi hari ini Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah Presiden parti PPBM.

Bangkit dan berubah bersama PPBM Sabah.

2 Comments

  1. Ppbm sudah terpecah 2..ahli2 dan presiden ppbm sabah asal nya dari BN bererti parti baru tapi muka lama.. Tiada yang hebat nya.. Sebab kemungkinan PM TSMY. Akan menyartai BN kembali. Kita tunggu dan lihat.. Tapi rakyat asal sabah ada pilihan sama ada menyokong parti malaya atau menyokong parti tempatan..parti warisan buang jauh

    Like

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.