Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin akan duduk sebagai wakil rakyat Bersatu di sidang Dun tahun ini.
Keputusan dibuat selepas beliau diletakkan di bangku pembangkang pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang dijadualkan November ini.
Beliau sudah bertemu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu bagi memaklumkan hasratnya.
Walaupun beliau belum menyerahkan borang keahlian PPBM tapi perkembangan ini telah menjawab spekulasi yang ketua mereka Azmin Ali akan menubuhkan parti baharu. Ternyata mereka memilih Parti Bersatu PPBM sebagai platform perjuangan.
Pada 14 April PKR menggantung Afif yang juga bekas Timbalan Ketua pemuda PKR itu sementara menunggu siasatan oleh lembaga disiplin parti. Keputusan menyiasat dibuat selepas tindakan bekas Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali bersama kumpulannya bertindak keluar parti.
Semakin gagahlah parti Bersatu ni ya.
Kamu ya kamu tunggu apa lagi?