Peter Berhadapan Lima Kes Seleweng Di Mahkamah

Benar Menteri Pembangunan Infra Peter Anthony yang diwakili oleh tiga peguam telah didakwa di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu atas dua pertuduhan melibatkan lima kes.

Dua kes di bawah Seksyen 4(1)(a) akta pencegahan penggubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan 2001. Tiga kes lagi dibawa Seksyen 4(1) (b) Akta pencegahan penggubahan wang haram pencegahan pembiayaan keganasan dan hasil daripada aktiviti haram 2001.

Pertuduhan yang dikemukakan oleh SPRM ternyata tidak sama dengan apa yang dinyatakan oleh Peter semalam. Semalam dia cakap hanya satu pertuduhan ternyata ada dua pertuduhan. Pertuduhan pula melibatkan kes baru.

Dia telah diikat jamin sebanyak RM500 ribu dengan dua penjamin tempatan.

Sebutan kedua kes akan berlangsung pada 04hb Ogos 2020 Mahkamah yang sama.

Adakah akan ada lagi pemimpin Warisan yang disiasat sekaligus didakwa sebelum tarikh ini? Dengar dengar macam ada.

Kalau ada pihak yang mendakwa kononnya ini semua adalah permainan Federal keatas kerajaan negeri kerana tidak sehaluan. Nah tolong jangan percaya, ini kerana pertuduhan itu melibatkan kes baru yang berlaku dalam era kerajaan negeri Warisan bukannya kes lama yang diungkit seperti yang dihadapi oleh mantan ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman namun akhirnya terbukti tidak bersalah atau dibebaskan oleh Mahkamah.

Jangan ingat SPRM boleh membuat pendakwaan mengikut suka hati mereka. Mana boleh.

Sebelum SPRM membuat pendakwaan di Mahkamah. Kes kes itu terlebih dahulu dipastikan telah memenuhi kriteria dan disahkan secara bertulis oleh tertuduh. Soal betul atau tidak ia ditentukan melalui hujah kedua-belah pihak dan bukti-bukti yang ada semasa dalam perbicaraan di Mahkamah kelak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.