Warisan Dusta Langgar Manifesto Tidak Lantik YB Ke GLC

Tidak melantik wakil rakyat daripada Parti Warisan bagi menerajui Syarikat milik kerajaan negeri atau GLC adalah sebahagian daripada manifesto parti Warisan pada pilihan raya yang lepas.

Itu hanya satu dari beribu-ribu janji bulan dan bintang yang telah berjaya memikat sebahagian masyarakat di negeri Sabah terutamanya golongan akademik untuk mengundi parti Warisan.

Manifesto itu tidak hanya disokong ketika kempen pilihanraya tetapi selepas kerajaan negeri dibentuk ada yang mengukuhkan tindakan kerajaan negeri untuk tidak melantik wakil rakyat ke dalam GLC.

Sebagaimana kenyataan seorang penyelidik di Universiti tempatan Dr Romzi Ationg.

Dr Romzi berkata sebarang petisyen atau pungutan pendapat yang meminta rakyat menyokong pelantikan wakil rakyat Warisan sebagai pengerusi GLC hanya akan menyebabkan Parti Warisan dikritik oleh rakyat Sabah kerana melanggar manifesto parti warisan itu sendiri.

Dakwaan Dr Romzidi itu diperkukuhkan lagi oleh Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal selepas mengangkat sumpah sebagai ketua menteri. Bahawa wakil rakyat tidak akan dilantik menjadi pengerusi badan berkanun dan GLC bagi memastikan mereka menumpukan perhatian kepada rakyat.

https://www.borneotoday.net/kerajaan-warisan-dipuji-kerana-tunaikan-janji-manifesto-pilihan-raya/

Sebenarnya kan tidak lama selepas pujian awal Dr Romzi. Wira Wira atau jantan-jantan Parti Warisan telah menuntut secara terbuka agar mereka diberikan peluang menerajui atau berkhidmad dalam syarikat GLC. Walhal ketika berkempen jantan jantan inilah yang beria-ia mengeji jentera BN kerana kononnya ditawarkan dedak atau dilantikan ke jawatan tertentu dalam kerajaan. Bukankah menuntut hal yang bertentangan satu perbuatan yang hipokrasi atau munafik. Jentera yang munafik. Alahai!

Sekarang apa sudah jadi, Azis Jamman yang dilucutkan dari jawatan Timbalan Dalam Negeri Malaysia telah dilantik sebagai Pengerusi Warisan Harta oleh ketua atau kerajaan negeri Sabah. Begitu jugak dengan Darell Leiking setelah dilucutkan dari jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Malaysia telah dilantik menjawat jawatan pengerusi Taman Industri Minyak dan Gas Sabah (SOGIP) oleh ketua menteri Sabah.

Ironinya ketika ditanya oleh wartawan adakah tindakan Ketua Menteri melantik dua individu itu ke jawatan GLC tidak bertentangan dengan manifesto. Shafie berkata ia sebenarnya tidak menjadi isu kerana mereka mempunyai pengalaman dan bersesuaian.

Pengalaman apa kok? Kalau bab tahap akademik si Darell itu benar dia seorang peguam tetapi ketika menjawat jawatan Menteri Perindustrian tiada satu pun kejayaan yang dia capai dari konteks Sabah. Kalau ada cuba sebutkan?

Yang seorang lagi tu admin tidak dapat pastikan tahap pendidikannya tetapi yang jelas dia gagal secara total memikul tanggungjawabnya sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri. Malah kalau diperhalusi dia hanya berjaya membibitkan sentimen perkauman sama ada secara langsung atau tidak langsung di kalangan masyarakat Sabah. Ini kerana janjinya atau ucapannya yang berapi-api semasa berkempen di pilihanraya yang lepas iaitu janji mengangkat satu-satu bangsa lebih tinggi dari bangsa yang lain tidak dapat ditunaikan melalui jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri pada masa itu. Walaupun pada hakikatnya ucapan yang berapi-api berkenaan hanyalah propaganda semata mata untuk meraih undi dari golongan tertentu tapi malangnya hari ini golongan itu menjadi mangsa sentimen perkauman atau golongan yang menjadi kambing hitam politik Warisan.

Kalau selepas ini ada yang mempersoalkan tapi kenapakah wakil rakyat dari Bersatu Sabah yang dilantik menerajui GLC tapi tidak dipersoalkan. Ini kerana BN pada masa itu tidak menjanjikan manifesto bahawa tidak akan melantik wakil rakyat menerajui GLC berbeza dengan Parti Warisan berapi-api berkobar-kobar tapi akhirnya kantoi hipokrasi munafik.

Kesimpulannya mereka kata sebelum ini Warisan adalah parti yang bermaruah benarkah bermaruah. Sedangkan segala manifesto dilanggar seolah-olah tidak ada nilai pada mereka.

Masih bermaruah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.