Siasat Sarifuddin Tetiba Tolol Memfitnah Timbalan Menteri Dr Jeffrey Kitingan

Terbaca tadi kenyataan wakil rakyat Merotai daripada Parti Warisan, Sarifuddin. Pada admin dia ni adalah antara wakil rakyat yang tidak kompeten. Kenapa tidak kompiten kamu fikirlah sendiri selain pertentangan yang sekejap lagi admin jelaskan di bawah. Kamu akan nampak yang wakil rakyat ini jenis makan gaji buta.

Susulan kenyataan Dr Jeffrey Kitingan sebelum ini yang menggesa agar Ketua Menteri Shafie Apdal disoal siasat oleh SPRM kerana tidak semena-mena membentuk kerajaan negeri walaupun sebelum itu Ketua Menteri Musa Aman telah dinobatkan sebagai Ketua Menteri yang sah oleh TYT. Tapi dinafikan bilamana beberapa wakil rakyat daripada UMNO dan UPKO bersekongkol dengan Shafie Apdal membentuk kerajaan negeri.

Sejujurnya gesaan Dr Jeffry Kitingan itu ada logiknya. Logik sebab Musa Aman telah dilantik tetapi tidak semena-mena beberapa wakil rakyat telah u-turn menyokong pembangkang iaitu Warisan. Mesti ada yang tidak kena.

Rentetan gesaan Dr Jeffrey Kitingan berkenaan. Si Sarifuddin pula datang menyampuk.

Sebaliknya dia menggesa agar Dr Jeffrey Kitingan disoal siasat oleh SPRM kerana kononnya di awal pergolakan kedudukan jawatan Ketua Menteri beliau telah menyokong Tan Sri Musa Aman untuk membentuk kerajaan negeri Sabah pada waktu itu.

Ini kalilah rakyat Sabah akan dapat menilai ketidaktahuannya. Bayangkan kalau hal seperti ini pun dia tidak tahu apa lagi agaknya perkara yang melibatkan pentadbiran kerajaan dan program untuk masa rakyat Sabah.

Tahu kah Si Sarifuddin pada Mei 2018 Dr Jeffry telah disiasat oleh SPRM akibat laporan kononnya beliau telah menerima bayaran sebanyak 20 juta untuk memilih berkerjasama dengan Barisan Nasional bagi membentuk kerajaan negeri. SPRM pada ketika itu telah menjalankan pemeriksaan hingga ke rumah beliau dan turut merampas kad pengeluaran tunai.

http://www.astroawani.com/berita-politik/dakwaan-terima-rm20-juta-jeffrey-kitingan-hadir-bantu-siasatan-di-pejabat-sprm-176178

Tapi hasil siasatan SPRM mendapati laporan itu tidak berasas dan secara rasminya Dr Jeffrey bebas dari tuduhan berkenaan.

Akhirnya secara tidak langsung wakil rakyat Merotai ini telah membuat tuduhan fitnah terhadap Dr Jeffrey Kitingan. Tetiba tolol hingga melimpah menjadi fitnah.

Bagaimana pula dengan enam ADUN yang telah bersekongkol untuk membentuk kerajaan negeri bersama Parti Warisan.

Tidak wajarkah mereka ini menjalani siasatan SPRM?

ADUN UMNO yang terlibat adalah Abdul Muis Pichu Sebatik, Hamisa Samat Tanjong Batu, Osman Jamal, Balung dan Jamawi Jaafar, Kemabong.

ADUN Upko yang terlibat Ewon Benedick, Kedamaian dan Abidin Madingkir, Paginatan.

Begitu juga dengan dakwaan kononnya hanya kerajaan Perikatan Nasional melantik Ahli Parlimen menjadi Pengerusi GLC di peringkat Persekutuan. Berbanding kerajaan negeri Warisan yang tidak melantik mana mana Ahli Parlimen mengetuai GLC. Dakwaan yang cukup sombong bodoh.

Sarifuddin yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah tidak tahukah berita yang viral baru baru ini bahawa Ahli Parlimen Sepanggar Azis selepas dilucutkan dari jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri. Dia telah dilantik oleh Ketua Menteri Sabah sebagai Pengerusi Warisan Harta, dia tidak tahukah Warisan harta itu di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan Sabah. Pembantu Kewangan apa ni. Alamak!

Mungkin wakil rakyat Merotai ini juga tidak tahu yang seorang mantan calon Barisan Nasional dari Semporna pada PRU yang lepas telah dilantik mengetuai satu GLC Sabah.

One Comment

  1. Orang2 Warisan semua cakap tak serupa bikin nak bagi bantuan conv19 dengan rakyat Sabah konon tapi abuk pun tiada di bagi dengan orang asal Sabah mungkin pati atau orang baru dapat ic dari sebelah dia semua lebih dari dapat

    Liked by 1 person

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.