Semakin Kuat Desakan Shafie Supaya PATI Dihantar Ke Negara Asal

Menjadi tanda tanya kenapa sejak Parti Warisan berstatus pembangkang di peringkat Persekutuan beriya-iya sangat Presiden parti ini ingin menghantar PATI ke negara asal.

Desakan demi desakan dia lontarkan pada blok pembangkang di negeri Sabah.

Sebelum ini Parti Warisan melalui mantan Timbalan Menteri dalam negeri, Aziz Jamman dengan tegas mendesak Timbalan Menteri Pelancongan Dr Jeffrey Kitingan agar semua pendatang asing tanpa izin PATI atau golongan yang tidak ada kewarganegaraan supaya dihantar balik ke negara asal.

Walhal budak jalanan pun tahu siapa yang berautoriti menghantar PATI ke negara asal selain Ketua Menteri Sabah kerana dia juga merangkap Pengerusi Keselamatan Dalam Negeri.

Pun begitu Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal tidak menafikan sebelum ini mereka telah banyak menghantar PATI ke negara asal masing-masing tetapi itu tidak mencukupi.

Memandangkan Jeffrey Kitingan sering mengkritik kerja kerajaan negeri berkenaan kehadiran PATI maka sudah tiba masanya untuk Dr Jeffrey Kitingan pula bertindak kerana dia kini memegang jawatan Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia.

Klik link dibawah,

https://www.borneotoday.net/jeffrey-diingatkan-jangan-bagi-banyak-alasan-hantar-sahaja-stateless/

Benar-benar menjadi tanda. Adakah Parti Warisan mulai menyedari bahawa sejak Parti Warisan berstatus pembangkang di peringkat Persekutuan sokongan bangsa selain KDMR kian berkurangan. Justeru mereka berhasrat untuk mengorbankan sokongan daripada kumpulan ini dan menggantikannya dengan undi daripada KDMR secara total. Dalam masa yang sama Warisan berharap, kesannya golongan berkenaan akan membenci pembankang Sabah ataupun pemimpin KDMR kerana menghalau mereka daripada Sabah.

Ini soal mempertahankan kekuasaan jadi jangan pula ada yang tidak mempercayai tektik ini.

1 komen

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.