Syed Saddiq Terimalah Hakikat – Armada Sabah


Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) BERSATU Negeri Sabah meminta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar menerima hakikat beliau telah dilucut keahlian daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Ketuanya Encik Isquzawan Israq Datuk Arsit berkata, bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga perlu menghormati keputusan dan perlembagaan parti.

“Kami berharap Syed Saddiq dapat menerima hakikat sebenar bahawa beliau telah dilucut keahlian daripada parti.

“Justeru adalah lebih baik beliau dan penyokongnya berhenti daripada terus menggunakan nama Armada BERSATU Pusat kerana ia hanya akan mengelirukan ahli-ahli Armada dan BERSATU, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas kemelut parti itu terutama keahlian 5 pemimpin BERSATU, termasuk Syed Saddiq yang dilucut (terhenti) dengan serta merta kerana melanggar perlembagaan parti.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu berkata, lima pemimpin BERSATU termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad bukannya dipecat sebaliknya keahlian mereka terhenti dengan serta-merta kerana melanggar perlembagaan parti.

Empat yang lain ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.

Isquzawan berkata, Armada BERSATU Sabah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Syed Saddiq diatas segala jasa dan sumbangan beliau semasa menerajui Ketua Armada BERSATU.

“Armada BERSATU Sabah juga menghormati Syed Saddiq diatas kepimpinan beliau sepanjang menerajui Kementerian Belia dan Sukan yang banyak membantu gerakan belia”, tegasnya.

Armada BERSATU Sabah juga mengulangi sokongan padu kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden parti.

2 Comments

  1. FAHAM, FAHAM….Sokong Muhyiddin boleh dapat jawatan atau kedudukan dalam GLCE. Jadi, Syed Saddeq memang bangang. Dia patut sokong Muhyiddin, tentu semua orang puji dia cerdik dan dapat jadi Pengerusi Proton atau Sabah gas. Takngitu, JalinLuin…???

    Sokong Mahadir, bukan dapat apa-apa sebab perjuangan Mahadir cuma mahu bentuk kerajaan yg bersih. Blogger macam kamu, tak boleh hidup tanpa dedak. Maruah kamu semua terletak pada tembolok. Berjuang hanya untuk isi tembolok sebab itu kesetiaan kamu sentiasa berubah-ubah. Kejap sokong umno, kejapWarisan dan kejap PBS!!!

    So, there is no point buat PRU15. Hasilnya sama aja. Semua wakil rakyat yg menang PRU melompat-lompat macam katak lepas hujan utk penuhkan tembolok masing-masing. Elok hapuskan terus pilihanraya. Apa susah, nak lantik PM, Agongkan ada…..????

    Elok jadikan Parlimen tu pusat beli-belah atau, pusat MTV atau rumah urut untuk para VVIP. Ramai ratu Gawai boleh dapat kerja. Kahkahkah…. bolehlah semua pemimpin Sabah dapat bini muda artis macam MP Kinabatangan.

    Like

    Reply

    1. Tuduhan yang tidak masuk akal. Dalam parti bersatu sekarang ada dua kumpulan eja kumpulan Tun M dan kumpulan Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi tetap dalam parti yang sama.

      Habis itu kalau tidak ada yang memihak mereka lalu siapa yang layak dinobatkan sebagai pemenang.

      Tidak usahlah membesarkan diri. Bersatu Pro M dan Warisan cuba mengingati rakan seperjuangan iaitu Pakatan Harapan yang terdiri pada PKR dan DAP. Adakah ini bukan sikap yang mementingkan diri.

      Tak kisahlah Bersatu Johor kah Sabah kah atau mana-mana saja negeri sokongan mereka tetap sama ke atas Bersatu.

      Wakil-wakil rakyat Sabah s yang menyertai Bersatu pun bukannya datang dengan tangan kosong malah diraikan oleh Tun itulah walaupun barisan enggan tetapi tetap saja hasrat Tun untuk membawa Bersatu ke Sabah direalisasikan.

      Like

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.