Sarawak Akur Dua Orang Satu Kenderaan. Sabah Ikut Ikutan

Nah hari ini Sarawak memutuskan untuk mematuhi peraturan terbaru Kerajaan Persekutuan yang membenarkan dua ahli keluarga terdekat keluar rumah menggunakan satu kenderaan.

Keputusan itu dinyatakan sendiri oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Unggah dan berkuatkuasa serta merta.

Semalam Menteri kanan Datuk Ismail Sabri mengumumkan keputusan kerajaan, membenarkan dua ahli keluarga berada dalam satu kenderaan. Keputusan itu dibuat setelah mendapat maklum balas daripada orang ramai.

Terbaiklah Kerajaan Negeri Sarawak, sangat-sangat prihatin ke atas rakyatnya. Tiada istilah minta puji demi meraih atau mendapatkan sokongan masyarakat. Tidak seperti negeri yang satu lagi ini. Alahai!

Berbeza dengan kerajaan negeri Sabah yang awal awal lagi menangguhkan peraturan baharu berkenaan hingga mendapat kritikan dari pelbagai pihak. Bahawa kerajaan Sabah tidak prihatin dan tidak konsisten serta di dakwa sebagai kerajaan koboi. Juga didakwa sebagai kerajaan negeri yang cuba menunjukkan taring kekuasaan walhal sekalipun tidak pernah terbukti atau menjadi kenyataan.

https://jalinluin.com/2020/04/29/shafie-tangguh-arahan-federal-dua-orang-dalam-satu-kereta-apa-cerita-oh/

Tapi akhirnya iaitu selepas selang beberapa waktu berita Kerajaan Negeri Sarawak mematuhi peraturan baharu, tersebar. Barulah kerajaan Sabah melalui Setiausaha Kerajaan Negeri mengeluarkan kenyataan media bahawa mereka mematuhi peraturan baru itu.

Walhal tadi pagi bukan main lagi. Ada dikalangan penyokong Warisan yang mendakwa bahawa keputusan mematuhi atau tidak peraturan baharu itu perlu dibawa ke Sidang DUN terlebih dahulu bagi mendapatkan persetujuan atau kebenaran dari wakil-wakil rakyat. Ternyata ia hanyalah alasan dongeng Cybertroper Warisan yang syok tahu dan dilibatkan.

Dari yang paling tinggi hingga yang paling bawah ini Warisan kaki minta puji.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.