Shafie Tangguh Arahan Federal Dua Orang Dalam Satu Kereta. Apa Cerita Oh!

Federal sudah bagi kelonggaran dua orang dalam satu kereta tapi Kerajaan Sabah ni pula mahu mencari kelainan atau menangguhkan arahan berkenaan.

Walhal sebelum ini beriya iya mendesak agar beberapa sektor ekonomi dibuka dan ia boleh dilaksanakan berdasarkan zone atau tahap keselamatan satu-satu kawasan sebaliknya tidak boleh dilihat secara umum memandangkan ada kawasan berada dalam zone merah atau hijau.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/beri-ruang-untuk-ekonomi-bergerak-dalam-zon-hijau-shafie-239849

Kerajaan negeri ini sudah banyak kali kantoi apa yang mereka cakap tidak berjaya dikuatkuasakan tapi masih mahu menunjukkan kuasa. Hahaha!
Seperti contoh arahan menutup sesi persekolahan di negeri Sabah semasa serangan awal pendemik Coronavirus. Sedangkan kuasa menutup sesi persekolahan terletak di tangan Menteri pendidikan atau Federal. Akhirnya apa, kerajaan negeri terpaksa menunggu keputusan pusat.

Hari ini Ketua Menteri Sabah bertegas tidak akan segera menggunapakai keputusan yang telah diambil oleh Federal yang membenarkan dua orang dari satu keluarga keluar semasa dalam tempoh PKP dikuatkuasakan.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/04/29/only-one-person-in-a-car-in-sabah-for-now

Seperti mana kenyataannya di bawah bahawa, kita perlu mengkaji kesannya terlebih dahulu. Iaitu setelah bertemu dengan pasukan perunding pakar daripada China mengenai Covid 19.

Pasukan itu kini berada di Sabah dan telah menghadap Ketua Menteri Sabah.

Sebelum ini iaitu semasa dalam fasa kedua dan ketiga PKP hanya membenarkan seseorang dalam kereta. Tapi petang tadi Menteri Kanan Datuk Ismail Sabri telah melonggarkan peraturan itu dengan membenarkan dua orang dalam satu kenderaan sepanjang perintah kawalan pergerakan PKP fasa ke-4 bermula hari ini. Itupun dalam tempoh jarak 10 km dan bertujuan untuk membeli makanan dan perkhidmatan kesihatan.

Apa sebenarnya yang mahu diselesaikan oleh kerajaan negerinya ya. Mekanisme apa yang digunakan oleh kerajaan negeri ini hingga berani melanggar peraturan yang diperkenalkan oleh Federal. Setakat pakar daripada China yang baru muncul itu apalah sangat.

Dalam tempoh PKP ini adalah Shafie memandu kereta sendiri. Tidak pakai pemandu kah? Itu bukan berdua kah.

Justeru itu pada agensi agensi Persekutuan seperti Polis dan pasukan keselamatan yang lain termasuk Jabatan Kesihatan tidak perlu ikut cakap Shafie atau arahan kerajaan negeri khususnya dalam keadaan sekarang ini.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.