Unit Pembelian Getah (Sabah) Ditutup 07 April 2020 dan Kaitkannya Dengan Retorika Warisan

Suka melihat komen dibawah dari skop yang lebih luas sekaligus bagi membuktikan kenyataan retorika jentera besi buruk parti Warisan.

Satu grup pro warisan berkobar-kobar dimana jentera-jentera parti ini menafikan kerunsingan masyarakat akibat perlaksanaan PKP di kawasan mereka. Tapi itu bukan bererti masyarakat ini atau mereka yang bertanya ini tidak suka pada pelaksanaan PKP, apa yang mereka kehendaki ialah jalan penyelesaian setelah sumber pendapatan mereka agak terjejas.

Maka jentera besi buruk pun dalam nada yang beremosi dan meroyan menasihatkan masyarakat tadi, seperti ini.

“Ko kna brsyukur bpa ko fmili ko dpt bntuan dri krajaan ngri….n bnyak bntuan trmasuk bntuan bpn…tdk seumur hidup kita d bntu…kna brusaha sndri..klonggaran sektor prtanian d longgar kn krajaan….ap lg mau mrungut..blh p mnoreh..blh p mnombk sawit..blh p tnam n jual hsil.prtanian….jngan trlaku mnghrap subsidi…itu mnghrap bntuan n subsidi bkin smua orang jd mls brusaha…”

Macam betul kan sedangkan pada hakikatnya walaupun masyarakat tadi berusaha keras menoreh getah tapi buat masa ini tidak ada agensi yang akan membelinya.

Ini kerana Unit Pembelian Getah, ambil contoh di daerah Keningau telah menutup pembelian ke atas hasil susu getah bermula 7 hari bulan 4 2020.

Lembaga Industri Getah Sabah iaitu agensi Kementerian Pertanian Sabah pun enggan membeli atau mengambil getah orang kampung, habis itu orang kampung mahu makan apa?

Sekali lagi Kementerian Pertanian Sabah, terpalit. Loser!

Satu lagi apalah sangat bantuan makanan yang tidak sepadan dengan harga yang telah ditetapkan. Nilai yang telah ditetapkan ialah RM100 tetapi yang diterima oleh masyarakat yang memerlukan tidak sampai pun 60 ringgit, apa lagi bantuan ini dibeli menggunakan wang rakyat. Memalukan, mengungkit bantuan yang dibeli menggunakan wang rakyat itu sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.