Dukacita dimaklumkan disini bahawa sudah ada lapan individu di daerah Putatan yang positif Covid 19 yang terbaru melibatkan seorang individu yang juga pemegang IMM13, berasal dari perkampungan Kampung Meruntum, Putatan.
Pesakit itu telah dimasukkan ke Hospital Kota Kinabalu pada 6 April 2020. Begitu juga dengan 13 lagi ahli keluarganya telah dipindahkan ke pusat kuarantin di asrama perempuan kompleks Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan, Taman Pasir Putih, Putatan pada hari yang sama.
Ok guys ini bukan soal status kewarganegaraan apa lagi mereka adalah pemegang IMM13 yang sah. So sebagai insan manusia, baik kita doakan agar mereka cepat sembuh dari jangkitan ini sekaligus tidak pula merebak kepada orang lain.