Apa Sebenarnya Portfolio Menteri Pertanian Sabah?

Kita bersetuju dengan arahan sepanjang fasa kedua perintah kawalan pergerakan PKP seperti mana yang ditegaskan oleh ketua polis daerah Kota Kinabalu bahawa individu atau orang perseorangan dan pemborong kecil dilarang sama sekali untuk berada di pasar borong sepanjang PKP.

Betullah peraturan tu sebab sebelum ini telah viral satu video dimana orang ramai berpusu-pusu di pasar borong berkenaan yang kalau tidak dipantau akan menyebabkan penyebaran virus covid 19.

Tetapi yang menjadi pertanyaan apa pula tindakan Menteri Pertanian Sabah, Junz Wong dalam hal ini. Apakah Menteri Pertanian ini menyokong penuh saranan keselamatan ini tanpa melihatnya dari konteks ekonomi masyarakat yang terjejas akibat PKP?

Menteri Pertanian Sabah berkenaan kenalah faham individu atau orang perseorangan yang membeli ikan di pasar borong adalah sebenarnya usahawan kecil kecilan dimana ikan yang mereka borong akan dijual di tempat mereka ataupun kampung-kampung yang berhampiran.

Lalu dari sudut mana Menteri Pertanian ini akan dapat membantu mereka memandangkan pasar borong ikan tidak lagi boleh dikunjungi untuk mendapatkan bekalan jualan.Kalau kita tengok di Facebooknya malah dia mengongsi artikel borneotoday yang melarang keras aktiviti di pasar borong. Kacau betullah Menteri ni. Oleh kerana itu ada pengguna Facebook bernama Firdaus yang melontarkan pendapatnya bahawa.

“tolong bantu rakyat. .macam mana mau dapat bekalan ikan dan makanan laut. .faham juga la kenapa dilarang. .tapi bagi faham kami macam mana mahu dapatkan bekalan? kalau pemborong kecil tidak pergi membeli dSafma. .kemungkinan semakin kurang COD ikan dan bekalan makanan laut. .bantu rakyat supaya rakyat dpt bantu rakyat lain utk gerakkan ekonomi. .sekali gus ble membantu kerajaan negeri dan pusat”

Perlu diingat dan diterjemahkan
oleh kerajaan negeri Sabah bahawa aktiviti pertanian dan nelayan dikecualikan daripada peraturan PKB oleh Federal, walaupun tidak sepenuhnya tetapi yang pasti ia dibenarkan asalkan mematuhi sanitasi pembenterasan wabak Coronavirus.Mungkin sudah ada yang membaca ethical admin yang bertajuk peladang ingatkan kerajaan Warisan. Artikel ini juga mempersoalkan Menteri kredibiliti Menteri Pertanian Sabah. Peladang Ingatkan Kerajaan Warisan

Macam bukan Menteri Pertanian sudah tapi Menteri Keselamatan Dalam Negeri.Kementerian ini sudah macam ikan yang buruk. Buruk kerana kerap disumpah oleh masyarakat.

Sepatutnya apa yang perlu dilakukan oleh Menteri Pertanian Sabah, Junz Wong ialah memperkenalkan sistem pemasaran baharu seperti yang dilakukan di Kuala Lumpur dan Johor yang dikenali sebagai Pasar Segar Terkawal (PST).

Seperti mana gambar dibawah. Penjual dan pembeli mematuhi sanitasi pencegahan Covid 19.

Tapi apa yang admin tengok si Junz Wong kuat sangat berpolitik menyalahkan Federal ataupun tidak mematuhi kelonggaran yang diberikan oleh Kementerian daripada Federal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.