Terima Kasih KKM Bina Dua Makmal Covid 19 Di Sabah – Nizam Titingan

Akhirnya apa yang dicadangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Apas, Tawau Datuk Nizam Abu Bakar Titingan keatas pihak Persekutuan agar menambah pusat Makmal Kesihatan Awam (MKA) dalam mengharungi wabak Covid 19 di negeri Sabah telah mendapat respon atau persetujuan daripada pihak Federal.

Tambah Makmal dan Percepatkan Saringan Covid 19

Justeru itu beliau melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada pihak kerajaan Persekutuan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana bersetuju dengan cadangannya itu.

Walau bagaimana pun hendaklah ia diadakan dalam tempoh kadar yang segera supaya proses analisis dapat dipercepatkan dengan itu akan dapat menyenangkan pihak-pihak yang terbabit terutamanya saspek atau mereka yang telah memberikan sampel Covid 19.

Cadangan sekaligus desakan beliau sebelum ini dibuat kerana di Sabah hanya mempunyai sebuah Makmal Kesihatan Awam (MKA) yang terletak di Kota Kinabalu. Kekurangan ini sudah tentu pasti telah menyukarkan dan melambatkan proses analisis sampel Covid 19 yang banyak dan datang dari seluruh negeri Sabah, seperti daripada Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Sandakan pokoknya dari pantai timur Sabah.

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah membuat kenyataan media bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia KKM akan menubuhkan dua Makmal Covid 19 di daerah Tawau dan Sandakan.

Alhamdulillah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.