Peladang Ingatkan Tanggungjawab Kerajaan Warisan

Ketua Unit Kampung Lipasu, Pertubuhan Peladang Kawasan Kinabalu, Jailin Nazlin.

Telah membuat desakan secara terbuka dan tegas terhadap kerajaan negeri atau Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Wong Hong Jun atau Junz Wong yang dilihat lemah mengurus ekonomi masyarakat Sabah atau para peladang khususnya.

Jailin mengingatkan kerajaan negeri agar tidak lepas tangan dan membiarkan masalah mereka berlarutan.

Isu yang diingatkan adalah berkenaan masalah lambakan hasil tanaman sayur di Kundasang, Ranau rentetan perintah kawalan pergerakan PKP selain dan terutamanya dari konteks kelemahan kerajaan Warisan Sabah, Command Centre hingga sikit pun tidak dapat membantu menyelesaikan masalah peladang.

Hakikatnya atas arahan kerajaan negeri,
Lori-lori dari luar tidak lagi dibenarkan beroperasi atau masuk dan mengangkut hasil tuaian dari Kundasang . (Wow! Terus menghukum seolah-olah hanya itulah jalan yang mampu difikirkan oleh kerajaan negeri)

Sedangkan mengikut arahan PKP rantaian makanan tidak boleh diganggu justeru itu sepatutnya kerajaan negeri mencari jalan alternatif bagaimana agar rantaian makanan di negeri Sabah tidak terjejas.

Kerajaan negeri hanya pandai mencari populariti seolah-olah terlalu kisah dengan kesihatan masyarakat Sabah walhal apa yang dilakukan adalah sebaliknya. Sebab itulah serahkan saja tanggungjawab menjaga keselamatan dan kesihatan masyarakat ini kepada kebijaksanaan Federal, mereka lebih arif dan tahu apa yang perlu dilakukan.

Apa lagi sudah terlambat bagi kerajaan Warisan, memandangkan Kementerian Kesihatan Sabah telah pun gagal sejak diperingkat awal mengawal dari merebaknya Coronavirus di negeri Sabah.

Datuk Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Pertahanan dan begitu juga dengan Menteri Pertanian dan Industri, Datuk Ronald Kiandee sebelum ini ada menyatakan atau menjelaskan bahawa bagi memastikan rakyat yang bergantung kepada sektor pertanian dan nelayan terus berkelangsungan walaupun dalam saat-saat genting seperti ini. Bahawa kerajaan pusat telah mengambil keputusan untuk membenarkan kegiatan di sektor pertanian, perikanan perkilangan, logistik dan pemasaran terus beroperasi asalkan mengikut sanitasi kawalan wabak Coronavirus.

Habis itu kenapa Kerajaan Negeri tidak mengambil kira syor ini tapi sebaliknya hanya sibuk memukul rata perlaksanaan PKP. Itu pun masih ramai masyarakat yang bergerak tanpa halangan ataupun kawalan dari kerajaan negeri terutamanya di peringkat daerah dan kampung kampung. Sedangkan kalau virus ini membiak di perkampungan lagi terpencil, memang habis tu satu daerah.

Sepatutnya carilah jalan penyelesaian yang konkrit berkaitan masalah yang dihadapi oleh peladang ini. Bukan kah operasi dalam sektor ini dibenarkan dan ciri ciri keselamatan yang tetap dipandang serius? Malas atau tidak terfikir kah, alahai.

Kalau beginilah caranya kerajaan Negeri mentadbir masyarakat Sabah, habislah. Penyakit berleluasa dan ekonomi juga berkubur.

Sudahlah Menteri Kesihatan Sabah gagal membendung penyebaran wabak coronavirus. Ditambah lagi oleh kegagalan Menteri Pertanian Sabah. Lama-lama semua Kementerian di negeri Sabah serupa tidak ada atau hanya berfungsi pada kroni mereka.

Tak kanlah warga kerja kerajaan negeri ini ibarat sebuah longgokan besi buruk.

One Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.