Dakwaan Wira Warisan Tidak Berasas, Patut Fokus Bantu Rakyat Sabah

KOTA KINABALU: Wira Parti Warisan Sabah sepatutnya membantu mengurangkan kelemahan Kerajaan Negeri dalam pengagihan bantuan makanan kepada rakyat yang terkesan akibat Wabak Covid-19, kata Ketua Armada Bersatu Negeri Sabah, Encik Mohd. Isquzawan Israq Datuk Arsit.

Sebaliknya katanya, Wira Warisan tidak wajar terus bermain politik dengan membuat dakwaan tidak berasas kononnya Sabah bersendirian dalam memerangi pandemik Covid-19.

Beliau berkata, kenyataan Timbalan Ketua Wira Pusat, Mohd Ismail Ayub amat tidak matang dan menggambarkan ideologi sempit Wira Warisan Sabah.

Menurutnya, daripada membangkitkan isu-isu yang tidak berasas, adalah lebih wajar Wira Warisan membantu jentera kerajaan negeri mengagih-agihankan pakej bantuan makanan kepada rakyat tempatan yang amat memerlukan bantuan itu.

‘Ramai rakyat tempatan Sabah yang layak mendapat bantuan pakej makanan daripada Kerajaan Negeri, namun masih belum memperolehinya lagi.

“Akibat kelemahan dan masalah ketulusan dalam pengagihan itu menyebabkan ramai rakyat terkesan kerana bantuan makanan daripada Kerajaan Negeri tidak sampai kepada golongan sasar yang layak.

“Ini yang sepatutnya menjadi fokus Wira Warisan, membantu agar dapat mengurangkan beban hidup rakyat yang terjejas akibat Wabak Covid 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)”, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Isquzawan mengulas kenyataan Mohd. Ismail Ayob yang mendakwa bahawa Sabah bersendirian dalam memerangi pandemik Covid-19.

Beliau juga mempersoalkan di mana perginya semua menteri dan timbalan menteri Persekutuan dari Sabah yang dilantik oleh Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Isquzawan berkata, Mohd.Ismail sepatutnya maklum dan sedar bahawa Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM130 juta kepada semua negeri, tanpa mengira parti mana yang membentuk kerajaan negeri berkenaan dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin).

Menurutnya, adalah jelas bahawa Kerajaan Warisan Sabah yang kini adalah pembangkang di peringkat persekutuan juga mendapat agihan peruntukan itu.

Selain itu katanya, Wira Warisan seolah-olah tidak mengiktiraf tugas dan peranan kakitangan Hospital dan Klinik Kerajaan, Jabatan Kesihatan Sabah dan pasukan keselamatan yang merupakan jabatan Kerajaan Persekutuan di Sabah yang bertungkus lumus memerangi wabak Covid-19.

“Mereka adalah kakitangan Kerajaan Persekutuan yang bertugas di barisan hadapan (front lines) menghadapi penularan wabak Covid-19 bersama Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah dan agensi Kerajaan Negeri yang lain”, tegasnya.

Katanya, Wira Warisan sepatutnya sedar bahawa Kementerian Kesihatan Sabah yang diwujudkan oleh Kerajaan Warisan tidak mempunyai tenaga pakar dan doktor sendiri untuk menangani Wabak Covid-19.

Isquzawan berkata, rakyat Sabah daripada pelbagai peringkat turut menikmati pelbagai bantuan dan insentif dibawah Pakej Prihatin Kerajaan Persekutuan berjumlah RM250 bilion.

“Ini kerana Kerajaan Persekutuan amat prihatin, peduli rakyat dan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban semua dengan tiada golongan yang akan tercicir”, tambahnya.


Memang ada benarnya pun kenyataan Ketua Armada Sabah ini. Selain apa yang telah dinyatakan, Wira Warisan juga hanya sibuk dengan isu remeh sedangkan kehidupan rakyat Sabah yang kian terhimpit walaupun tanpa PKP sebelum ini tidak pula mendapat pembelaan dalam erti kata yang sebenarnya.

Bilang Sabah for sabahan tapi selain gagal membendung penyebaran wabak Covid 19. Apa yang kita nampak Warisan ni hanya sibuk memancing pujian, bayangkan belum pun lagi bekalan makanan sampai ke rumah rumah marhaen sudah pun diviralkan ucapan terima kasih kepada wakil wakil rakyat mereka, Warisan.

Lepas itu sibuk mempersoal sumbangan Menteri Menteri Pusat, mangkuk betul.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.