Tambah Makmal Dan Percepatkan Ujian Saringan Covid 19 – Nizam Titingan

Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang juga ahli dewan undangan negeri Adun Apas menyarankan kepada Kerajaan Negeri melalui Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia agar menambah pusat Makmal Kesihatan Awam (MKA) dalam mengharungi wabak Covid 19.

Menurut beliau pada masa ini Sabah hanya mempunyai sebuah MKA yang terletak di Kota Kinabalu. Di Malaysia hanya ada 12 hospital yang mempunyai MKA termasuk yang ada di negeri Sabah.

Semalam Kementerian Kesihatan Malaysia telah melabelkan Tawau sebagai zon merah wabak Covid 19 sebanyak 60 kes sejak 29 Mach yang lalu.

Justeru kerana hanya ada satu MKA di Sabah maka sudah tentulah makmal ini tidak akan mampu menampung bilangan simple jangkitan covid 19 dari seluruh negeri.

Pun begitu Datuk Nizam Titingan merayu supaya keputusan ujian simple covid 19 dipercepatkan kerana masih ramai yang menunggu lama untuk mengetahui keputusan ujian saringan yang telah dijalankan.

Pada hakikatnya setiap simple perlu dihantar ke Kota Kinabalu melalui jalan darat dan pusat ini terpaksa menampung semua sampel yang diambil di seluruh Sabah. Ini semua menjadi penyumbang kepada kelewatan keputusan sampel. 

Dalam pada itu mereka yang telah menjalani ujian saringan masih berada di luar dan bergerak dari pusat tersebut untuk pulang ke rumah dan sekiranya mereka adalah positif covid 19 maka sudah tentulah ini amat membahayakan.

Oleh itu beliau menggesa pada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah agar dapat membuka satu lagi pusat makmal kesihatan untuk ujian Covid 19 di Tawau dengan kadar yang segera atau melantik makmal swasta sebagai langkah outsource bagi menyelesaikan masalah kelewatan keputusan ujian sampel Covid 19.

Makmal baharu ini akan mempercepatkan proses ujian sampel Covid 19, makmal ini juga akan menampung simple simple dari daerah Lahad Datu, Kunak dan Semporna atau pantai Timur Sabah secara umumnya. Ia juga dapat mengurangkan beban MKA Kota Kinabalu dan akan memberi gambaran sebenar wabak ini.

Beliau juga menasihatkan orang orang ramai bahawa begitu perlunya menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan mematuhi perintah kawalan pergerakan untuk memutuskan rantaian Covid 19. Memandangkan wabak ini sukar untuk dijangka bila ia akan tamat tetapi kita perlu bersedia untuk menghadapi keadaan yang lebih buruk lagi.

2 Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.