Signal Tun Mahathir Tidak Akan Ada Undi Tidak Percaya Parlimen

Tun Dr Mahathir percaya yang Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin kini mempunyai sejumlah sokongan di Parlimen sekaligus membolehkan beliau terus mentadbir negara.

Menurut Tun Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM Malaysia kerajaan yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mampu bertahan sehingga pilihan raya umum yang ke 15.

Ia berlaku kerana menurut Tun Dr Mahathir individu-individu yang sebelum ini menyokong beliau telah dilantik menjadi menteri maka sudah tentulah mereka itu akan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berbanding beliau sendiri  selaku pengerusi PPBM Malaysia yang tidak boleh menawarkan sebarang jawatan.

Pernyataan atau pengakuan itu dinyatakan oleh Tun semasa  diwawancara oleh portal berita Sinar Harian dalam tempoh selepas Tun meletakkan jawatan pada 24 Februari yang lalu.

Malah Tun Dr Mahathir yang kini berusia 94 tahun berharap agar Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat meneruskan dasar-dasar yang telah dilakukan oleh beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri ketujuh selama 22 bulan.

“saya minta kalau boleh kabinet jangan gugurkan dasar-dasar yang baik yang telah kita adakan umpamanya Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Itu satu dasar yang baik dan orang yang mencipta dasar itu juga ada dalam kabinet jangan gugurkan ujar” Tun Dr Mahathir.

Wawancara berlangsung di Yayasan kepimpinan Perdana yang turut dihadiri oleh orang-orang kuat syarikat media Sinar Harian seperti Datuk Hussamuddin Yaacob Datuk Baharom Mahusin dan Badruldin Zakaria.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.