Junz Wong Meroyan Pada Portfolio Yang Dipegang Oleh Maximus (PBS)

Gelaklah membaca kenyataan Naib Presiden Parti Warisan Junz Wong berhubung pengwujudan portfolio hal ehwal Sabah dan Sarawak di Jabatan Perdana Menteri atau dalam kabinet Persekutuan yang dipegang oleh Dr Maximus Ongkili.

Junz Wong mendakwa itu adalah perkembangan yang tidak baik.

Ini kerana kononnya perjanjian Malaysia 1963 harus dirundingkan secara terus dengan Perdana Menteri bukan melalui portfolio atau Kementerian.

Seperti kononnya dia selaku Menteri Pertanian Sabah sekiranya mahu berbincang mengenai isu pertanian maka dia akan berbincang terus dengan Datuk Ronald Kiandee selaku Menteri Federal yang memegang portfolio Pertanian.

Soalnya boleh kah Datuk Ronald Kiandee mewakili kerajaan pusat kalau dia tidak memegang portfolio Menteri atau Menteri Pertanian. Kalau tidak memegang sebarang portfolio lalu bagaimana hal yang dibincangkan kelak boleh dibawa ke peringkat atasan dan diluluskan lalu dilaksanakan sebagai satu dasar baharu dalam pentadbiran. 

Maksudnya Datuk Ronald Kiandee pada waktu itu memegang tanggungjawab sebagai Menteri sekaligus  mewakili Perdana Menteri yang boleh bersetuju atau tidak terhadap perkara yang dikemukakan.

Tuduhan atau dakwaan yang tunggang-langgang cakap tidak berasas.  Alahai Junz Wong.

Adakah patut perkara sebesar perjanjian 1963 tidak memerlukan platform atau portfolio khas. Sebaliknya portfolio khas perlu diwujudkan agar tuntutan yang menjurus kepada perjanjian ini dapat dibincangkan dan diselesaikan dengan lebih mudah dan berhemah. Hakikatnya tidak semua elemen yang terkandung dalam perjanjian 1963 dapat diterjemahkan atau dituntut begitu saja. Seperti contoh perkara 1 yang terkandung dalam perjanjian itu, bahawa tidak ada agama rasmi di negeri Sabah. So rasional lagi kah perkara ini untuk dituntut sedangkan menurut perlembagaan, agama rasmi negara Malaysia ialah agama Islam.

Junz Wong jangan terlampau mengada-ngada bikin muntah.

Kalau yang dimaksudkan oleh Naib Presiden Warisan ini adalah tuntutan total keatas perjanjian 1963, maka seperti yang admin banyak sebutkan sebelum ini. Ia  harus dituntut melalui memorandum bukannya melalui acara politik atau pilihan raya.

Bukan kah sebelum ini kerajaan negeri Warisan telah mengemukakan tuntutan berhubung perjanjian Malaysia 1963 langsung kepengetahun Perdana Menteri. Tetapi apa yang berlaku, Perdana Menteri Tun Mahathir pada waktu itu mencadangkan agar ditubuhkan satu jawatankuasa khas yang dianggotai oleh kedua belah pihak bagi menilai tuntutan yang dikemukakan?

Sekali lagi Junz Wong jangan mengada-ngada lah bikin muntah. Tuntutan secara terus telah pun dibuat oleh Warisan tapi tidak berjaya.

Cukuplah mempolitikkan perjanjian 1963. Terimalah hakikat tidak semua perkara yang terkandung dalam perjanjian ini boleh dituntut secara total apa lagi melalui sistem demokrasi. Tetapi hanya  melalui pungutan suara atau memorendom yang dijalankan keatas semua peringkat masyarakat Sabah barulah tuntutan boleh direalisasikan. Soalnya beranikah Parti Warisan mengemukakan memorandum?

Junz Wong atau Parti Warisan cari isu lain yang lebih menguntungkan masyarakat Sabah. Jangan berterusan membawa masyarakat ini bermimpi di siang hari. Perut dan keperluan tidak boleh dipenuhi melalui ura ura perjanjian 1963.

Warisan dan propaganda perjanjian 1963 sebenarnya telah game over. Kalaupun selepas ini Warisan ingin menghidupkan retorik perjanjian 1963 maka pihak pertama yang mereka harus hadapi ialah Dr Maximus Ongkili. Tahniah PBS.