Tahniah Muhyiddin Harap Pembangunan Sabah Dapat Keutamaan – Hajiji Noor

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Sabah) Datuk Hajiji Noor mengalu-alukan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang baharu menggantikan Tun Dr Mahathir selepas mendapat perkenan dari Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Datuk Hajiji Noor berkata ketika di hubungi oleh wartawan Bernama. Pelantikan itu menamatkan kegawatan politik negara yang berlaku sejak seminggu yang lalu.

“Kini sudah tiba masanya untuk memberi tumpuan kepada pembangunan negara dan perpaduan berbilang kaum”

Justeru itu Datuk Hajiji berharap agar Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat membawa lebih banyak pembangunan di negeri ini dan pada masa yang sama memberi tumpuan kepada hak-hak negara seperti yang termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963.

“Adalah menjadi harapan kami bahawa beliau akan memberi keutamaan kepada pembangunan negeri dan rakyat Sabah yang masih tertinggal. Kami tahu dia seorang pemimpin yang berpengalaman dan menyedari keperluan Sabah, lanjut Datuk Hajiji Noor Ketua PPBM Sabah.

Saya amat sayang Tun tapi saya lebih sayang kepada masa depan perpaduan umat melayu bumiputra dan Islam, Hajiji Noor