Warisan Parti “Tahi” – Pengundi Warisan Semporna

Ini apa cerita pula, pengundi Parti Warisan dari Semporna mengkritik kaw kaw kegagalan Warisan di daerah mereka khususnya kegagalan diperingkat kampung.

Sebelum berniat untuk menonton rakaman ini, diharap agar terlebih dahulu bersedia menghormati pendapat pengundi.

Kerana luahannya akan menjengkelkan pemimpin-pemimpin dan penyokong parti Warisan yang mungkin seperti anda.

Apa boleh buat, itu yang mereka alami dan rasakan.

Ini baru dari konteks kampung dan Semporna belum lagi dari konteks Sabah secara keseluruhannya yang kalau masyarakatnya diberikan peluang untuk menyuarakan isi hati mereka pasti bunyinya akan lebih teruk dari ini. Percayalah!

Apa lagi selepas keputusan di PRK Kimanis baru baru in yang menyaksikan bukan hanya kekalahan tapi kemerosotan pengundi calon Warisan.

So segerakan rombakan kabinet dan yang paling penting libatkan Yb-Yb dari Bersatu Sabah, agar perubahan yang akan dibuat dialami oleh masyarakat, kerana sudah tentu pasti mereka akan hadir atau bekerja bersama kesungguhan dan idea idea yang baru.

Ingin kekal berkuasa? Tidak ada pilihan lain, lakukan perubahan kalau boleh disemua peringkat. Hata yang melibatkan jawatan ketua kampung yang tidak efektif sekalipun.

Parti yang diberikan mandat adalah soal pengalaman dan kebijaksanaan bukannya lagi populariti yang boleh basi bila bila masa.

%d bloggers like this: