
Alamak Ketua Puteri UMNO Malaysia ini pun turut mengoyak salinan MyKad pemimpin Sabah ketika berkempen di PRK Kimanis kah?
Ketika itu viral gambar Exco Pemuda UMNO, Papagomo yang sedang mengoyak gambar atau salinan MyKad pemimpin Sabah ketika berkempen di PRK Kimanis.
Papagomo Memang Bodoh dan Banjingan
Perbuatan itu telah mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong parti Warisan dan segelintir masyarakat Sabah.
Lalu berlakulah kritikan balik melalui rakaman video yang dibuat oleh penyokong Warisan. Pada rakaman itu mereka meminta Exco berkenaan agar membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap pemimpin mereka, Presiden Warisan Shafie tetapi saranan itu dipandang sebelah mata.
Menyebabkan berlaku pertengkaran kecil ketika Exco Pemuda UMNO, Papagomo berada di Lapangan Terbang Kota Kinabalu untuk pulang ke Semenanjung dengan pengikut atau penyokong Parti Warisan.
Yang menghairankan admin kenapa perbuatan menggoyak salinan MyKad atau gambar pemimpin kerajaan Sabah itu dilakukan oleh pemimpin rasmi UMNO. Seorang berjawatan Exco Pemuda Malaysia dan seorang lagi Ketua Puteri UMNO Malaysia.
Pun begitu laskar UMNO menafikannya bahawa salinan gambar yang dikoyak itu bukannya salinan MyKad biasa tetapi replika keterangan diri sementara PSS yang diletakkan gambar Presiden Warisan.
Wah kalau begitu lagi teruk, kelakuan yang sengaja menjatuhkan martabat seseorang bukan lagi bertujuan untuk berkempen. Yalah, kenapa tidak menggunakan gambar orang lain atau orang biasa. Pemimpin parti pemerintah bukannya pemohon PSS. Kurang ajar!
Padan pun sentimen kemelayuan dikalangan ahli UMNO semakin menebal dan penyokong UMNO daripada Sabah hanya mampu terkebil-kebil.
Rupanya mereka termotivasi oleh perbuatan atau sikap pemimpin muda mereka yang samseng.
Lelaki dan perempuan muda UMNO sama saja agak moron dan samseng. Poyoh!