Kawan admin cakap ini namanya politik atau orang yang banjingan hingga mencadangkan kalau individu seperti ini diharamkan dari memasuki Sabah.
Namun pada kami jangan sampai begitu, raikan saja politik apa adanya.
Asalkan pula selepas ini mereka iaitu para totok UMNO tidak meroyan bila satu hari para penyokong PH bertindak jauh lebih dramatik dari apa yang dilakukan oleh Papagomo ini.
Kami orang Borneo ni kalau berpolitik dan marah macam mana sekalipun pun adab santun tetap didahulukan. Walaupun secara jujurnya admin boleh menulis bahasa-bahasa yang jauh lebih besar dan menyakitkan sedangkan ia ada kebenarannya (admin tahan hati jak dari menzahirkannya) berbanding laskar UMNO yang tetap kelihatan tolol walaupun menyamar.
Ini namanya laskar UMNO maling yang cuba berlagak cerdik.
Tadi pagi sejurus admin membuka Facebook, admin terbaca beberapa kenyataan daripada penyokong UMNO sendiri berhubung kejadian ini. Mereka mendakwa Papagomo itu sememangnya bodoh dan sial.
Begitu juga kenyataan daripada pengundi atas pagar atau Netizen turut mendakwa Papagomo ini seorang yang banjingan tidak wajar dihormati jesteru mereka mencadangkan agar papagomo disenaraihitamkan dari memasuki negeri Sabah.
Sebelum ini Sarawak pernah bertindak melarang Papagomo dari memasuki Sarawak kerana bimbang kejadian seperti ini akan berlaku. Ternyata benar.
Kelihatan dalam gambar Papagomo sedang berkempen di PRK Kimanis sambil melakukan aksi mengoyak salinan MyKad seorang pemimpin daripada Sabah. Maksudnya status kewarganegaraan pemimpin berkenaan tidak jelas atau seorang pendatang asing tanpa izin jadi sewajarnyalah dikoyak.
Papagomo ni kalau ya pun janganlah keterlaluan cermin diri tu dulu. Isteri kamu tu orang Sabah nanti orang akan bertanya lebih lanjut orang Sabah daripada mana, generasi ke berapa kalau dari selatan Filipina memang logik lah menjadi warganegara Malaysia. Tapi kalau bukan dari selatan Filipina dan merupakan generasi pertama agak-agaknya apa persepsi orang Sabah pada ketika itu. Nah kan!
Papagomo berjawatan sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Sepatutnya siapapun mereka atau parti apapun yang di sokong sewajarnya menyahut nasihat Ketua PPBM Sabah, Datuk Hajiji Noor semasa berucap di perhimpunan Maal Hijrah peringkat Tuaran bahawa sewajarnya generasi ini mencontohi adab junjungan Nabi Muhammad SAW.
Bukannya bersikap seperti orang yang tidak bertamadun tidak sedar diri.