Generasi Islam Perlu Mencontohi Akhlak Nabi Muhammad – Hajiji

Siaran Media

YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Pimpinan BERSATU Negeri Sabah Merangkap ADUN N10 SULAMAN

16 Januari 2020.

*GENERASI ISLAM PERLU HAYATI & CONTOHI AKHLAK NABI MUHAMMAD SAW*

TUARAN: Generasi Islam hari ini perlu menghayati dan mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW bagi memulihkan kekuatan, melakar kemajuan dan kejayaan yang bermakna dalam hidup hatta meletakkan Islam dan umatnya terus dihormati, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Katanya, langkah ini bukan sekadar mengangkat martabat ummah, tetapi pada masa yang sama mempunyai matlamat memurnikan semula tanggapan serta persepsi orang bukan Islam terhadap Islam dan umatnya.

Menurutnya, ini berikutan kehidupan harian sebahagian daripada kita hari ini tidak berlandaskan iman dan akhlak.

“Malahan dipengaruhi nafsu yang mengutamakan kepentingan peribadi, bukan kepentingan agama, masyarakat dan negara. Akibatnya, fenomena buruk sangka, hasad dengki, khianat dan perasaan dendam berleluasa dalam masyarakat.

“Jika gagal dikawal, ia boleh mengundang kepada perselisihan dan permusuhan yang boleh meruntukan kerukunan dan perpaduan umat Islam”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Tuaran 1441H/2019M di Dewan Sri Sulaman, hari ini.

Hajiji berkata, senario ini merupakan musibah dan bala yang besar kerana ia mengancam kekuatan dan kedaulatan umat.

“Sedangkan pada hakikat yang sebenar Islam adalah agama yang sentiasa menganjurkan kepada perpaduan, perdamaian, hormat-menghormati, berakhlak mulia dan saling tolong-menolong di antara satu sama lain”, tegasnya.

Katanya, umat Islam tiada pilihan kecuali kembali bersatu menguatkan persaudaraan berdasarkan ketaatan kepada ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah.

“Inilah yang akan memberi jaminan kepada pemuliharaan lima perkara asas yang perlu dijaga dan dilindungi di dalam Islam iaitu menjaga agama, akal, nyawa, keturunan dan harta yang merupakan Al-Maqasid Al-Syar’iyyah”, tambahnya.

Hajiji berkata, umat Islam juga perlu mengambil pengajaran dan teladan daripada diri Nabi Muhammad SAW dan sejarah hidupnya sebagai sumber inspirasi dan pedoman hidup untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Katanya, ini memandangkan tiada teladan yang lebih bermakna melainkan bimbingan yang dipraktikkan oleh baginda SAW dalam segala tindakan dan keperibadiannya.

“Apabila kita dapat mengaplikasi akhlak Rasulullah SAW dalam rutin kehidupan, pasti kita akan sentiasa terdorong melakukan yang maaruf dan meninggalkan kemungkaran.

“Ia akan mewujudkan keadaan dan suasana yang lebih kondusif bagi mengajak manusia supaya mentauhidkan Allah SWT dengan beribadat kepada-Nya dan menjauhi kemungkaran sekaligus membawa masyarakat mengamalkan nilai dan prinsip Islam dan membudayakan ukhwah Islamiah sebagaimana yang diajar dan dititikberatkanNya”, tegas Hajiji.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.