Hamidah Adalah Pegawai Persuruhjaya Sumpah Malaysia, Raja Petra Kantoi.

Kita tahu dokumen akuan bersumpah Azilah telah viral sebelum ini.

Azilah adalah bekas anggota polis berpangkat inspektor berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati kerana disabit di mahkamah membunuh Altantuya. Telah membuat pengakuan bersumpah bahawa yang memerintahkannya untuk membunuh Altantuya adalah bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.

Seperti biasa ia mendapat tentangan daripada pembangkang terutamanya jentera Najib peguam Shafee Abdullah dan blogger Raja Petra Kamarudin.

Dua individu itu berpendapat pada Februari 2019 Azira telah dibawa keluar dari penjara bagi menemui VVIP sebelum surat akuan bersumpah berkenaan dimunculkan.

Jesteru itu mereka sependapat bahawa surat akuan bersumpah itu adalah konspirasi atau di didalangi opemerintah untuk kononnya membunuh karakter politik Najib Razak.

Walaubagaimanapun pihak penjara Kajang telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa sehingga hari itu pihaknya tidak pernah membenarkan Azilah meninggalkan penjara kecuali pada 13 April 2015 bagi urusan menghadiri perbicaraan di Mahkamah majistret Sepang.

Akibatnya Raja Petra mengarang cerita dongeng kononnya Hamidah Che Ahmad yang menandatangani surat akuan bersumpah Azilah bukannya seorang pegawai persuruhjaya sumpah tetapi hanyalah pegawai penjara atau kakitangan penjara. Jesteru itu Raja Petra mendakwa kononnya surat perakuan bersumpah itu adalah hoax atau tipu.

Sedangkan kalau kita rujuk laman sesawang pesuruhjaya sumpah Malaysia jelas terpampang nama Hamidah Che Mat adalah seorang pegawai pesuruhjaya sumpah yang di tugaskan di penjara Kajang tetapi berkhidmat sebagai salah seorang pesuruhjaya sumpah Malaysia (Selangor)

Rupanya Raja Petra ni main tangkap muat jak, kurang pengetahuan amnya. Raja Petra kontoi menipu. 😊