KENYATAAN MEDIA MAJLIS PIMPINAN PAKATAN HARAPAN SABAH
11 Disember 2019
Majlis Pimpinan Pakatan Harapan yang di hadiri oleh pimpinan utama parti telah mengadakan perbincangan tentang isu berkaitan Pilihanraya Kecil P176 Kimanis yang bakal diadakan setelah mahkamah persekutuan mengekalkan pembatalan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman oleh Mahkamah Pilihanraya.
Oleh yang demikian, secara konsensusnya pimpinan Pakatan Harapan Sabah dengan kuasa autonomi yang ada bersetuju untuk memberi ruang kepada Parti Warisan Sabah untuk meletakkan calon di Pilihanraya Kecil P176 Kimanis.
Keputusan ini adalah berdasarkan kes petisyen Pilihanraya Dun Rantau yang memutuskan agar parti yang bertanding pada Pilihanraya Ke 14 di beri ruang untuk bertanding semula. Begitu juga kes-kes pilihanraya kecil yang diberi mandat kepada parti bertanding untuk meletakkan calon parti tersebut semula.
Parti-Parti komponen Pakatan Harapan Sabah akan menyokong dan memastikan kemenangan calon yang diputuskan oleh Parti Warisan. Jentera Parti-Parti komponen akan diaktifkan Dan digerakkan untuk membantu calon semasa pilihanraya nanti.
Sekian Dan Harap Maklum
-PAKATAN HARAPAN SABAH-
Tinggalkan Jawapan