Rahman Dahlan Atur Soalan Siasatan PAC Keatas 1MDB

Rahman Dahlan yang menjadi badan kerajaan semasa BN berkuasa dan disaat 1MDB memuncak telah terlibat secara langsung mengatur strategi soalan siasatan berhubung 1MDB agar Najib tidak dipertanggungjawabkan sepenuhnya dan secara teknikalnya tanggungjawab itu akan dipikul totally oleh Jho Low. Licik tapi konyol!

Sedangkan belum tentu kesanggupan Rahman Dahlan itu akan digunakan untuk membela rakyat biasa yang mencuri sebungkus Maggi di pasar raya untuk hidup. Berbeza dengan pesalah 1MDB tegar menjadi hipokrit merangka soalan PAC berhubung Najib.

Ikuti keterangan itu yang ada didalam artikel ini :-

Rahman Dahlan Beri Taklimat Sebelum Diasak PAC


Bekas ketua eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi mengakui dia diajar oleh tokoh perniagaan yang menjadi buruan, iaitu Low Taek Jho, atau Jho Low yang juga mengatur agar dirinya berjumpa dengan beberapa pemimpin BN yang menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebelum disoal oleh panel itu pada 2010.

Antara pemimpin BN yang juga adalah ahli PAC yang ditemuinya, adalah Ahli Parlimen Kota Belud Abdul Rahman Dahlan, kata Shahrol kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini semasa perbicaraan 1MDB membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak.


Ternyata Rahman Dahlan adalah antara pengarang cerita dongeng 1MDB selain laskar UMNO yang menjadi barua Jho Low tapi hari ini mereka berlagak memperjuangkan nasib Melayu dan Islam. Juga konyol!

Sebab itulah kita pun perasan, sehingga hari ini tidak ada seorang pun bekas Menteri kerajaan BN yang tampil mengulas jawapan bekas ketua eksekutif 1MDB Shahrol dan bekas pegawai khas Najib Amhari diprosiding 1MDB. Kerna pada hakikatnya mereka tahu sesungguhnya Najib dan Jho Low telah menyeleweng dana rakyat melalui 1MDB tapi kerana sudah imunin dengan penipuan itu yang hanya mampu berlagak sebagai pemimpin yang budiman, mendiamkan diri tapi dalam masa yang sama terus menipu rakyat melalui retorika perjuangan UMNO agar akhirnya bila nanti berkuasa balik mereka dapat melepaskan penjenayah 1MDB.

Pertanyaannya masih layakkah Abdul Rahman Dahlan atau UMNO Sabah diberikan kepercayaan oleh masyarakat Sabah walaupun telah diketahui licik jahat menyembunyikan aktiviti rompakan duit rakyat melalui 1MDB?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s