Alasan Tolol Pembangkang Tidak Berdiri Semasa Lagu Negaraku

Semalam viral satu video yang menunjukkan sekumpulan lelaki tidak berdiri semasa lagu negaraku berkumandang. Video itu telah mencetuska banyak pendapat yang mengecam sikap mereka.

Klik links ini YouTube Tidak Berdiri Semasa Lagu Negaraku

Ditanya oleh pemberita FMT kenapa mereka bersikap sedemikian rupa.

Sebab kononnya Federal bertindak tidak adil terhadap Sarawak dan orang Sarawak. Betul kah?

Mereka juga memberikan alasan yang lagu negaraku bukannya lagu kebangsaan Malaysia tapi lagu untuk wilayah Malaya memandangkan Sarawak hanya menyertai Malaysia pada tahun 1963.

Mereka adalah ahli kepada persatuan S4S. Persatuan yang menuntut autonomi Sarawak menjadi sebuah wilayah atau negara.

Sebenarnya dua alasan itu tidak masuk akal. Tidak masuk akal kerana mereka adalah rakyat pendatang. Oleh itu kalau benar Federal gagal bersikap adil terhadap Sarawak jesteru kenapa orang Sarawak tulen berdiri semasa lagu berkumandang dan kenapa mereka tidak. Siapa kah mereka? Ingat hal yang menjadi persoalan ini adalah hal yang berkaitan dengan semangat nasionalisme seseorang oleh itu status mereka sebagai rakyat Malaysia jesteru boleh dipersoalkan. Jadi siapa mereka berbanding real Sarawakian?

Begitu juga dengan alasan lagu negaraku bukan lagu kebangsaan tetapi lagu untuk wilayah Malaya.

Jadi suka admin bertanya, selama ini dengan siapa mereka berurusan dan perlembagaan atau peraturan apa yang digunakan oleh mereka, sebagai contoh permohonan MyKad yang mereka miliki, bukan kah ia diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Negara yang sudah tentu menghormati lagu kebangsaan negaraku.

Jesteru dari konteks mana lagu negaraku tidak relevan pada mereka? Jangan sampai orang cakap lebih sudu dari kuah, baru padan muka.

Adakah selepas ini kalau satu satu kerajaan itu gagal menunaikan beberapa janji maka rakyat berhak membuang semangat nasionalisme mereka? Ini juga isu yang boleh ditimbulkan.

Janji dalam politik dan semangat jati diri seorang rakyat adalah dua hal yang berbeza. So alasan yang dikemukakan itu sebenarnya hanyalah alasan tipu untuk mengelakkan diri dari dicekup oleh pihak polis.

Tanpa mengira fahaman politik baik penyokong pemerintah atau saja penyokong pembangkang sewajarnya kita bersetuju kalau mereka dipanggil dan diberikan amaran keras oleh pihak Polis, bukan kerana alasan sebab mereka tidak berdiri semasa lagu kebangsaan berkumandang semata-mata tapi alasan yang mereka berikan selepas itu, seolah-olah menafikan perlembagaan negara yang sudah lama menjadi tunjang, panduan dan kawalan kepada rakyat Malaysia.

Ini namanya dasar pembangkang yang sengaja enggan membezakan mana positif mana yang negatif. Matlamatnya mudah agar kerajaan ini dilihat gagal walaupun kerajaan ini sudah berada diatas landasan yang benar termasuklah dalam usaha membanteras kegiatan rasuah di semua diperingkat.

Berulang kali diingatkan kalau benar ingin melihat perjanjian 1963 berdiri sendiri maka langkah strategik yang perlu ditunaikan ialah membuat pungutan suara atau memorandum pada rakyat Sarawak atau Sabah.

Selagi langkah berani ini tidak berlaku nah lebih baik pihak-pihak yang mempolitikkan royalti minyak agar mengubah strategi politik sebab silap haribulan kena cop kamu tu sebagai pelampau, baru padan muka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s