Hakikatnya Ambil Permuafakatan Buang UMNO Sabah

Menurut Presiden UMNO, Zahid Hamidi semasa bercakap di sidang media Konvensyen UMNO Sabah. Bahawa Permuafakatan Nasional UMNO dan PAS telah menjejaskan sokongan rakyat Sabah terhadap UMNO.

Memang pun hal ini telah disedari oleh pemerhati politik, lama sebelum permuafakatan Nasional dipersetujui secara rasmi oleh kedua belah pihak di PWTC. Ia berpandukan beberapa peristiwa seperti keputusan pilihanraya kecil Sandakan baru-baru ini. Bilamana BN dan PAS menyatakan sokongan mereka terhadap calon PBS maka tidak semena mena sokongan terhadap calon PBS turun mendadak. Perdebatan di Facebook tidak lagi rancak ini petanda awal sebelum keputusan PRK dimenangi oleh calon daripada DAP.

Oleh kerana itu kononnya UMNO Sabah akan diberikan autonomi.

Autonomi untuk menentukan calon kah? šŸ˜ƒ

Rujuk link dibawah

Kerjasama UMNO PAS Jejas Sokongan Rakyat Sabah

Nampak sangatlah UMNO Sabah dianggap tidak ada kelas atau hanyalah kelas ketiga, ada tidak ada sama saja.

Nampak sangat pendapat pemimpin UMNO Sabah tidak diambil kira sebelum permuafakatan Nasional disepakati. Iyalah kenapa autonomi UMNO Sabah tidak dimasukkan dalam piagam permuafakatan Nasional. Kenapa baru hari ini setelah permuafakatan disepakati secara rasmi?

Boleh pula dasar perjuangan UMNO yang selama ini berjaya menarik perhatian rakyat Sabah diubah mengikut selera pihak yang berkepentingan iaitu pihak yang hanya cuba menyelamatkan UMNO Semenanjung dari kepupusan. Selain matlamat utama dari permuafakatan Nasional untuk sebenarnya menyelamatkan pemimpin-pemimpin UMNO yang sedang dalam perbicaraan di Mahkamah.

Habis itu bagaimana pula dengan agenda PAS bukankah langkah memberikan autonomi pada UMNO Sabah akan menutup peluang PAS untuk menyebarkan sayap mereka di Sabah. Selain kerana faktor Permuafakatan Nasional itu sendiri?

UMNO sejak kebelakangan ini tampak semakin flip flop, gali lubang tutup lubang. Masuk angin keluar asap last last PAS yang menjadi mangsa mereka.

Tolong ingat pesanan Allahyarham Nik Aziz tu. PAS tidak akan berkerjasama dengan UMNO klik PAS Tak Kan Berkerjasama Dengan UMNO

Pokoknya UMNO memilih permuafakatan Nasional tapi dalam masa yang sama membuang Sabah. Inilah hakikatnya yang cuba ditutup oleh UMNO pusat sedangkan PAS hanya layak sebagai pengikut bukannya rakan sekutu.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.