Autonomi Versi UMNO Sabah? 😃

“Autonomi UMNO Sabah harus dipercepatkan,keputusan UMNO Sabah harus ditentukan di Kota Kinabalu bukannya di Kuala Lumpur. Calon harus ditentukan oleh UMNO Sabah,Ketua Menteri (insyallah jika memerintah) harus ditentukan oleh UMNO Sabah bukan lagi UMNO Pusat.
Bukan setakat autonomi UMNO Sabah tetapi jika kita memerintah semula kita perlu perjanjian baru dengan kerajaan pusat tentang hak-hak Sabah.”

Begitulah kenyataan dari ucapan Dato’ Abdul Rahman Dahlan semasa berucap di Majlis Perwakilan UMNO Sabah Bahagian Tuaran kali ke 28.

Benarkah UMNO pusat akan memberikan autonomi dalam ertikata yang sebenarnya.

Kalau setakat autonomi bagi menentukan calon pilihan raya. Itu text budak-budak tu 😊

Ini kerana admin teringat balik penyataan Rahman semasa ditemuramah oleh media UMNO kira-kira tujuh tahun yang lepas dia kata sentimen kenegerian yang disuntik oleh Anwar Ibrahim pada rakyat Sabah pada masa itu hanyalah retorik kerana diandaikan PKR mendapat kemenangan pada pilihan raya. Maka mustahil Anwar atau pusat tidak campur tangan dalam isu pelantikan jawatan Ketua Menteri Sabah, memandangkan PKR berpusat di Semenanjung.

Dan beberapa lagi isu berbangkit yang diungkit oleh Rahman Dahlan semasa dalam temubual itu, termasuklah autonomi imigresen, autonomi percukaian serta autonomi dari konteks kuasa. Maksudnya tidak ada lagi keperluannya bagi mana-mana pihak baik pada masa itu dan hari ini untuk mempolitikkan perjanjian 1963, sebab kuasa yang sedia ada selepas perjanjian 1963 ditandatangani sudah memadai dan cukup besar.

Sila rujuk pada 🔗 dibawah

Autonomi Taktik Kotor – Rahman Dahlan

Jadi bagaimana pula dengan UMNO Sabah ini, adakah tuntutan autonomi Sabah ini hanyalah retorik atau taktik kotor UMNO Sabah? 😃

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s