Ekonomi Bermasalah Kerana 1MDB – Harris Salleh

Mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh pun akur. Hari ini ekonomi Malaysia bermasalah kerana penangan 1MDB.

Masalah yang ditimbulkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia melalui 1MDB amat besar hingga ekonomi Malaysia secara keseluruhannya turut terjejas dan menjadi faktor BN tumbang pada pilihanraya ke 14.

Ini dikira bagus sudah kerna penyelewengan seorang Perdana Menteri hanya dijatuhkan melalui proses pilihan raya.

Kalau di negara jiran, Eropah dan Timur Tengah sudah lama pentadbiran dan struktur Malaysia ni hancur kerana tunjuk perasaan.

Muammar Gaddafi seorang Perdana Menteri dijatuhkan kerana didakwa oleh rakyatnya telah menyeleweng kekayaan Libya hingga pada satu ketika beliau dihina dan ditembak secara terbuka.

Walaupun hari ini ada yang mengatakan Muammar Gaddafi tidak bersalah kerana telah menjaga kebajikan rakyat. Tapi pada hakikatnya rakyat tetap berpendapat Muammar Gaddafi telah menyeleweng kekayaan mereka dengan cara yang langsung.

Di Philippines Presiden Ferdinand Marcos kerana menyeleweng kekayaan negara dia di jatuhkan melalui revolusi Edsa oleh rakyatnya.

Sebelum ini Tan Sri Harris Salleh menyatakan bahawa akibat 1MDB, Malaysia hari ini berhadapan dengan krisis ekonomi yang sangat lembap lalu mencadangkan beberapa usul yang tidak berapa releven untuk dibincangkan jauh sekali diterima sebagai cadangan dalam usaha pemulihan ekonomi Malaysia.

Sila rujuk πŸ”— di bawah :

Ekonomi Malaysia Bermasalah Akibat 1MDB

Antaranya cadangannya mengurangkan kekuatan ketenteraan Malaysia kerana sektor ini menelan belanja yang billion ringgit. Apa lagi mustahil bagi Malaysia untuk terjerumus dalam peperangan yang melibatkan penggunaan senjata berat seperti kapal selam dan sebagainya.

Cadangan Tan Sri Harris Salleh itu hanyalah pendapat peribadi beliau.

Isunya disini ialah ekonomi Malaysia lembab kerana penyelewengan dana rakyat oleh mantan Perdana Menteri Malaysia melalui urusniaga 1MDB.

Berbilion wang rakyat disalurkan ke luar negara dan sehingga hari ini kerajaan Malaysia terpaksa membayar bunga hutang yang dibuat oleh 1MDB dahulu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s