Insiden Penculikan Terbaru Di Pantai Timur Sabah

Sitangkai (Gambar Hiasan)

Wow berita terkini daripada Sabah yang sinonim dengan insiden penculikan.

Hari ini menurut sumber yang boleh dipercayai telah berlaku penculikan di perairan Tambisan, Lahad Datu. Semasa bot berkenaan dalam perjalanan ke Semporna kira-kira jam 2 pagi tadi.

Walau bagaimanapun sehingga kini identiti dan kerakyatan kesemua mangsa yang terlibat belum dapat dikenal pasti.

Dipercayai mangsa mangsa menggunakan dua bot nelayan. Dimana empat dari enam nelayan yang menaiki bot pertama diculik. Manakala di bot kedua, enam dari sepuluh nelayan diculik. Bererti jumlah nelayan yang diculik adalah 10 orang.

Sedang enam lagi mangsa yang tidak diculik berjaya diselamatkan oleh anggota agensi penguatkuasaan Maritim.

Penculik berkenaan kemudiannya memecut bot mereka ke Pulau sitangkai yang terletak Selatan Filipina.

Ini mungkin susulan tindakan kerajaan jiran Filipina yang berjaya menangkap 6 militan disyaki dari kumpulan Abu Sayyaf di Taguig pada 16hb hingga 20hb Mei 2019.

Dan semalam ekoran berita itu admin sebagai rakyat Malaysia, ada mengingatkan agar kerajaan kita lebih berhati-hati, siapa tahu mereka lebih terdesak selepas penangkapan itu kerana memerlukan kewangan untuk meneruskan operasi mereka.

Nah hari ini kejadian culik di pantai timur Sabah telah berlaku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s