Berhubung Kemasukan Bersatu Ke Sabah Jamawi Jangan Emosi – Armizan Ali

Admin tertarik pada ulasan bekas pemuda UMNO Datuk Armizan Mohd Ali berhubung kenyataan ADUN Kemabong, Jamawi Jaafar.

Jamawi sebelum ini beranggapan kedatangan Bersatu ke Sabah hanyalah helah, pecah dan perintah Mahathir yang diamalkannya sejak 1981 iaitu semasa era UMNO mulai bertapak di Sabah.

Malah menurut Jamawi pecah dan perintah itu tidak hanya dari konteks politik tapi juga dari konteks mengaut kekayaan negeri Sabah.

Kenyataan Jamawi itu telah mengejutkan Datuk Armizan memandangkan Jamawi Jaafar adalah bekas Naib Pemuda UMNO Malaysia.

Saya fikir adalah lebih wajar Jamawi akur kepada nasihat Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal agar penyokong parti itu jangan bertindak emosional.

“Mengenai kenyataan Jamawi mengaitkan Umno dalam gerakan politik ‘pecah dan perintah’ sejak zaman Usno pada tahun 1976, respon saya ringkas, kalau benar sekalipun tuduhan Jamawi, adalah amat malang kerana beliau baru menyedari perkara ini dalam tempoh sembilan bulan berada dalam Warisan.

Tempoh yang amat singkat berbanding berpuluh tahun lamanya beliau berada dalam parti Umno sekaligus mendukung agenda politik pecah dan perintah Dr. Mahathir dan Umno sebagaimana dakwaannya,” kata Armizan.

Kesimpulannya walaupun asalnya Jamawi Jaafar adalah Yb yang mewakili BN sebelum melompat menyertai Warisan dan sama sama membentuk kerajaan negeri Sabah tapi beliau harus tahu tahap kekuatan sebenar Warisan dimana tanpa sokongan padu Mahathir Mohamad Parti Warisan tidak akan terlibat dalam kerjasama PH.

Sebab itulah kalau ada yang masih ingat diawal pengagihan calon Warisan dan PH (DAP) Sabah pada PRU14. Telah menemui jalan buntu hingga memaksa campurtangan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin. Jadi jangan lupa diri, tidak bagus kufur nikmat namanya tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s