Dokumen Kes Musa Aman Tidak Lengkap Hakim Pening

Baru admin maklum dengan apa yang dinamakan kes yang lemah atau tidak kukuh.

Hari ini kes Tan Sri Musa Aman didengar di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur buat kali yang kedua. Tapi ada yang tidak beres!

Adakah patut kes yang di failkan sejak November 2018 tapi sehingga hari ini dokumen atau bukti kes dari pihak pendakwaan masih belum lengkap.

Sampai hakim pun ikut pening kepala, terlalu lama kata Hakim Rozina. Siap menegur pihak pendakwa agar berhujah secara profesional.

Menyebabkan Hakim sekali lagi menetapkan tarikh baru perbicaraan pada 05hb Mach 2019.

Adalah yang tidak kena ni, boleh saja pertudukan keatas Tan Sri Musa Aman ini sudah tidak valid. Memandangkan aktiviti kes telah berlalu lebih dari 15 tahun.

Untuk makluman wang yang didakwa sebagai rasuah ini adalah sebenarnya dana UMNO yang disalurkan oleh BN Sabah. Yang mana secara kebetulan jawatan pengerusi BN Sabah pada masa itu disandang oleh Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Pada November 2018 Tan Sri Musa Aman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ke atas semua pertuduhan berhubung kontrak konsesi balak yang berjumlah 263 juta daripada lapan pemilik syarikat konsesi balak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s