Warisan Takut Bersatu Bertapak Di Sabah, Kenapa?

Terdahulu pemimpin-pemimpin Warisan. Darell Leiking, Loretto Padua dan Jaujan Sambakong bertegas menangis mempertahankan pendirian mereka yang tidak membenarkan Parti Bersatu bertapak di Sabah, kerana menurut mereka syarat kerjasama itu telah disepakati melalui kononnya perjanjian Warisan dan Bersatu aka Mahathir.

Dikatakan ketegasan mereka itu sudah melewati amaran lampu merah. Wah!

Tapi rupa-rupanya status perjanjian itu tidaklah utuh mana, hanyalah perjanjian yang tidak rasmi atau perjanjian mulut.

Macam bila kita mengangkat akad jual beli dengan peniaga, saya beli, saya jual. 😊

Walaubagaimanapun kita sebagai rakyat yang budiman, sewajarnya mengakui kewujudan perjanjian mulut itu. Tapi!

Tapi adakah perjanjian itu akan terus relevan sampai bila bila, sentiasa menguntungkan kedua belah pihak?

Katakan lah Bersatu bertanding di Sabah dan mendapat beberapa kerusi Dun dan Parlimen. Sedangkan semua parti yang bertanding pada ketika itu tidak mendapat majoriti mudah. Bukankah kerusi Bersatu boleh membantu untuk membentuk kerajaan seperti yang berlaku pada Pilihan Raya yang lalu?

Bermaksud perjanjian yang dimaksudkan oleh parti Warisan itu hanyalah alasan politik yang tidak jelas, semacam ada muslihat yang dapat dibaca dan akan diatur oleh Warisan pada masa yang akan datang.

Kenapa Warisan menghalang kemasukan Bersatu (PPBM) ke Sabah, apa motif yang tersirat?

Kenapa menafikan hak rakyat Sabah yang berhak memilih parti politik. Apa hak Warisan? bukannya pemimpin Warisan itu bersih atau baik sangat hingga rakyat Sabah tidak ada pilihan, selain Warisan?

Tapi yakin dan percayalah tidaklah pemimpin tertinggi Bersatu itu kurang cerdik atau setengah tiang seperti mana pemimpin Warisan hingga mudah diperdaya oleh mereka. Parti Bersatu itu bersifat nasional, nasional didalam menyatukan rakyat Malaysia bukan seperti Warisan ibarat katak yang terperuk, sosial politik yang tidak boleh dijadikan wadah perjuangan, tampak bersifat assabiyah dan sempit. 😊

Seperkara yang perlu diteliti oleh Perdana Menteri Malaysia Mahathir iaitu demi kelangsungan legasi politiknya yang akan diwarisi oleh Mukhriz Mahathir, bahwa adalah satu tindakan yang merugikan andai Bersatu mengikut telunjuk Warisan hingga gagal bertapak di Sabah.

Penggal ini Warisan tidak menyumbang kepada pembentukan Federal tapi sudah tidak boleh berkompromi dengan Bersatu. Boleh bayangkan, jika berlaku pergolakan politik sedangkan waktu itu Bersatu belum kukuh?

Inilah masanya paling tepat dan bersesuaian dengan senario politik semasa untuk mana mana Parti politik menyebarkan sayap mereka hingga ke Sabah.

Terutamanya didalam keadaan, masih ramai masyarakat Sabah yang belum yakin dengan perjuangan parti Warisan.

Pada Warisan kalau benar bagai dikata, Warisan telah menjadi pilihan rakyat Sabah, nah tidak usahlah takut pada mana mana parti politik. Tunjukkan mereka jalan ke Sabah, bukan malah jalan itu di tutup.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s