Yb UPKO Menyertai Warisan Muslihat Peter Anthony?

Dikatakan Parti Warisan telah menambah kerusi DUN menjadikan terkini kerusi Warisan berjumlah 29.

Tambahan terbaru datang dari DUN Kuamut yang disandang oleh YB Masiung daripada parti UPKO sebelum mengistiharkan dirinya sebagai ADUN Bebas pada 24hb November yang lalu.

Menurut YB Masiung sepatutnya dia memerlukan dua atau tiga bulan sebelum mengambil keputusan menyertai Parti Warisan tapi atas sebab tertentu dia terpaksa mempercepatkannya.
(Macam ada desakan dari dalam Warisan untuk kepentingan politiknya. Siapa pemimpin Warisan itu?)

Kemasukan Yb Kuamut ini disambut baik oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur, Peter Anthony yang menyifatkannya sebagai mengejutkan.

Bha tidak apalah, orang tahu juga YB Masiung itu dari parti UPKO sedangkan UPKO adalah sekutu Parti Warisan. Jadi kita tidak tahu kenapa kemasukan Yb Kuamut ini telah mengejutkan Naib Presiden Warisan, Peter Anthony. 🤓

Sebaliknya perkembangan ajaib ini telah mengejutkan beberapa pihak dan menguatkan lagi persepsi bahwa perpecahan akan menimpa parti Warisan sempena kongres Warisan yang akan berlangsung pada April tahun depan.

Sepertimana artikel sebelum ini, bertajuk Peter Anthony vs Darell Leiking – Kongres Warisan.

https://jalinluin.com/2018/12/18/peter-anthony-vs-darell-leiking-kongres-warisan/

Artikel itu menulis Peter Anthony yang berjawatan Naib Presiden Parti Warisan akan merebut jawatan Timbalan Presiden daripada Darell Leiking. Perebutan ini juga dilihat di antara dua kaum terbesar iaitu diantara kaum Dusun diwakili oleh Peter Anthony dan Kadazan yang diwakili oleh Darell Leiking.

Jangan lupa YB Kuamut itu berbangsa Dusun jadi sudah tentulah akan menyokong Peter Anthony.

Nampak gayanya Peter Anthony telah mendahului Darell Leiking dari beberapa aspek. Sebelum ini Peter Anthony selaku Menteri Pembangunan Infrastruktur telah menggunakan kuasanya dengan menganugerahkan projek kepada kumpulan atau pihak terbabit sedangkan Darell Leiking hanya mampu menyuapkan pengikutnya dengan idealogi politiknya apa lagi jawatan Menteri MITI yang disandangnya sikit pun tidak menguntungkan masyarakat Kadazan.

Ada dua Kesimpulan dari perkembangan ini, kehadiran Adun Kuamut, Yb Masiung hanyalah menguatkan Peter Anthony yang akan merebut jawatan Timbalan Presiden Warisan.

Perkembangan ini juga telah merendahkan martabat UPKO di mata masyarakat Sabah kerana tidak dihormati oleh rakan sekutunya. UPKO hanyalah angka bagi membolehkan kerajaan Sabah dibentuk oleh parti Warisan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s