Timbalan Menteri KDN Gesa Konsulat Filipina. Ada Muslihat Kah?

Timbalan Menteri KDN menggesa agar kerajaan Filipina membuka konsulat mereka di negeri Sabah. Supaya dapat menyelesaikan isu PTI atau pemegang dokumen IMM13 dan kalau tidak maka semua PTI akan ditangkap.

Sungguh kah kerajaan Sabah akan menghantar semua PATI atau ini hanyalah gesaan politik agar proses pemutihan secara haram dapat dijalankan. Ini kerana kerajaan sebelum ini pun ada membuat gesaan yang sama tapi kerajaan Filipina berdegil sebab itu jugalah isu PTI di Sabah berlarutan dan IMM13 diperkenalkan.

Adakah Warisan akan membuat hal yang sama keatas PTI berkenaan?

(Kerajaan Filipina tidak membuka konsultasi mereka di negeri Sabah? kerana kerajaan Filipina beranggapan Sabah berada di dalam wilayah mereka. Jadi membuka konsulat samalah ertinya menghilangkan kelayakan mereka keatas Sabah)

Apapun ini adalah cabaran dan menjadi tugas utama kerajaan Warisan.

Memandangkan sebelum ini Shafie Apdal dan Darell Leiking lantang menyalahkan kerajaan terdahulu, kerana kononnya gagal mendaulatkan Sabah hingga kerajaan Filipina masih mengemukakan tuntutan keatas Sabah.

Cari jalan bagaimana mendaulatkan Sabah di mata kerajaan jiran Filipina. Mungkin dengan membuat memorendum dan di submit ke Istana Malacanang, Philipine atau PBB sekalipun.

Ok itu fasal konsulat Filipina.

Satu lagi, berkenaan Timbalan Menteri KDN yang boleh di polemikkan ialah tahap pengetahuan amnya, walhal dia sendiri berbangsa Bajau Laut dan berasal Semporna. Tapi dia tidak tahu kepelbagaian etnik Bajau Laut.

Dia kata siapapun yang melanggar peraturan Imigresen maka mereka akan ditangkap, termasuklah Palauh. Memanglah kalau sudah perlembagaan menggariskan begitu, maka sudah tentulah tiada yang terkecuali dari penguatkuasaan undang-undang. Apa yang nak dihairankan!

Tapi penggunaan istilah Palauh oleh Timbalan Menteri KDN, ahh ini yang agak melucukan memandangkan ia keluar dari mulut seorang Menteri yang beretnik Bajau Laut dari Semporna.

Di muka bumi ini tidak ada bangsa atau etnik yang dipanggil Palauh. Palauh adalah istilah yang digunakan untuk mengeji entik Bajau Laut aka Samar yang bermastautin di Kampung Bangau Bangau suatu masa dahulu. Palauh bukannya sejenis bangsa atau etnik tapi jolokan.

Majoriti orang Samar atau Samah berstatus warganegara Malaysia dan ada kehidupan sendiri. Tidak meminta minta tidak juga memperbodoh sebaliknya sering dimanipulasi untuk kepentingan diri pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jadi kegiatan jenayah, mengedar syabu, mencuri, merompak, melacur ia adalah kerja Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) yang terdiri dari orang Sambuagan dan sewaktu dengannya yang hidup menumpang bersama orang tempatan.

Di Selatan Filipina, tempat asalnya semua etnik Bajau yang ada di Sabah. Bajau Laut dipangil Samar atau Samah, istilah ini digunakan oleh kaum Suluk. Ini membuktikan etnik Palauh tidak wujud, hata di negara Filipina sekali pun, tempat asal usul rumpun Bajau.

Jadi dakwaan Timbalan Menteri KDN, termasuklah masyarakat Palauh yang tidak ada keterangan diri yang tinggal di persisiran laut Lahad Datu, Kunak dan sebagainya akan ditangkap adalah dakwaan yang tidak benar. Hakikatnya etnik yang dia maksudkan itu bukannya Bajau Laut atau Samar tapi satu etnik Bajau yang berasal dari Zamboanga, Filipina dipanggil orang Zamboangan (Sambuagan)

Orang Zamboangan inilah yang selalu berhimpun di rumah Shafie di Semporna untuk tujuan meminta wang. Mereka bermastautin di Kampung Halo, Semporna.

Budak budak Bajau Sambuagan ini jugalah yang berkeliaran di pekan pekan di seluruh Sabah dan sudah tentu di daerah Semporna tapi didakwa sebagai Palauh, sedangkan Palauh itu sendiri tidak pun wujud.

Nah kalau benar Timbalan Menteri KDN ingin menangkap PTI, nah datanglah kau ke sana.

Kesimpulannya ini Timbalan Menteri KDN telah mengeluarkan kenyataan secara sambarono, macam bukan seseorang. 😊

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s