Pesta Kobis Ranau Dipolitikkan Oleh Warisan

1. Pesta Kobis di Kundasang telah dirayakan sejak tahun 1996.

2. Pesta ini dianjurkan oleh masyarakat Kundasang tanpa mengira fahaman politik Bangsa dan agama.

3. Tahun ini 2018 setelah 21 tahun kini Pesta kobis dicemari kerana pemasangan bendera Parti Warisan dan PKR.

4. Pesta kobis 2018 telah merosakkan semangat penganjuran Pesta Kobis.

5. Saya pembangkang sejak lama dan sentiasa berkerjasama memberi bantuan dan hadir Ke Pesta Kobis dari tahun 1996 dan 2017.

6. Pada tahun 2018 ini saya telah hadir 2 mesyuarat Pesta Kobis pemasangan bendera tidak pernah dibincangkan.

Kredit bro Japiril Suhaimin


Kalau kamu tanya, maka admin akan jawab inilah apa yang dipanggil politik moron, semua perkara dipolitikkan.

Semasa kempen pilihan raya yang lepas sudah tentulah jentera parti yang bertanding akan berusaha keras bagi mendapatkan kemenangan. Tapi apa yang berlaku, bila Warisan ditakdirkan menang mereka tidak boleh menerima jentera BN sebagai masyarat demokrasi malah dianggap musuh abadi, kurang ajar punya spesis politik.

Kamu tengok apa berlaku hari ini. Sepatutnya bendera parti hanya boleh dikibarkan semasa musim pilihanraya tapi yang berlaku dalam kerajaan Warisan, bendera parti pacak di majlis atau program yang dianjurkan oleh rakyat.

Style politik seperti Warisan ini hanya membuat orang Sabah menjadi assabiyah, kekitaan yang melampau, tidak boleh menerima perbezaan fahaman politik.

Selama ini, walaupun masyarakat Sabah berbeda fahaman politik tapi masih boleh duduk semeja di kedai kedai kopi.

Pada 5 Oktober yang lalu kita dengar cerita politik, program kerajaan negeri dipolitikkan oleh Parti Warisan.

Dimana program Sabah Job 2018 di Suria Sabah dicemari poster Timbalan Menteri KDN, Azis zaman yang juga Ketua Sayap Warisan dan Pembantu Menteri, Ariffin. Dimana mereka menggunakan baju ada lambang atau logo parti Warisan.

Oleh kerana itu Bersih Sabah telah tampil menyuarakan ketidakpuasan hati dan mendesak agar parti Warisan tidak lagi mengulanginya, iaitu memisahkan antara program politik dan program kerajaan.

Kesimpulannya kepimpinan parti Warisan tidak berdisiplin dan moron politik.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading