Surat inilah yang tular dan menjadi perdebatan di kalangan masyarakat atau penyokong parti pemerintah dan pembangkang.
Surat itu bertajuk permohonan tender membekal makanan bermasak ke asrama Sekolah Menengah Agama Tun Said Kota Belud nombor sebutharga sekian.
Tapi dinafikan oleh penandatangan, setiausaha politik Timbalan Perdana Menteri Romli Ishak. Kononnya ia bukan surat sokongan supaya syarikat berkenaan diberikan kontrak. Walaubagaimanapun Romli menjelaskan bahawa syarikat itu adalah syarikat bumiputera dan berkemampuan. 😊
Kalau surat itu tidak bertujuan menyokong syarikat atau individu berkepentingan pada parti atau pada dirinya, jadi untuk apa surat itu dimajukan dan ditandatangani oleh setiausaha politik kepada pemimpin PKR dan syarikat yang disokong besar kemungkinannya adalah kroni kepada Raymond Ahuar Ketua Cabang PKR Pensiangan.
Jangan tipulah, jelas niat menyokong itu ada bila mana jawatan Raymond Ahuar sebagai setiausaha politik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah dicatatkan dalam surat berkenaan, apa lagi Raymond Ahuar adalah seorang kontraktor dan pemilik kedai hiburan?
Satu lagi alasan Romli Ishak bahawa surat yang ditandatangani itu tiada pun mencatatkan sila luluskan atau di sokong.
Sama ada surat itu tercacat menyokong atau tidak itu bukan isunya catatan hanyalah catatan apa yang menjadi persoalan, siapa yang menyokong siapa yang disokong dan daripada parti mana.
Memanglah setakat jawatan setiausaha politik mana ada kuasa meluluskan atau menyokong permohonan kecualilah setiausaha Politik itu terlalu bodoh untuk berbuat demikian yang pastinya surat dari mereka adalah isyarat yang mesti diberikan keutamaan.
Bermula daripada titik inilah unsur-unsur penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dapat dikesan, jangan beranggapan masyarakat ini terlalu bodoh untuk memahami maksud yang tersirat dan jangan halang pihak yang membangkitkan isu seperti ini.
Tinggalkan Jawapan